
Pelakon Amar Baharin berkongsi pengalaman yang dialaminya ketika melaksanakan misi kayuhan ke Madinah.
Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Akur Tiga Bulan Berjauhan, Doakan Perjalanan Amar Ke Umrah Naik Basikal Dipermudah – ‘Saya Serah Segalanya Pada Allah’
Artikel Berkaitan: Amar Baharin Kayuh Basikal Ke Thailand, Amyra Rosli Resah Tak Dapat Tidur Malam – ‘Saya Tak Nangislah’
Cuaca panas
Menerusi hantaran di TikTok, Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd Baharin, berkongsi video yang memaparkan dirinya sedang mengayuh basikal ketika cuaca panas terik sehingga menyebabkan dia berasa pening.
Waktu ini (km 79), saya sudah rasa kebas, bulu roma sudah meremang, denyutan jantung 85% dari maksimum.
Air pun sudah habis dan mula rasa tak fokus. Suhu ketika itu 48 darjah celcius.
Masuk km 80, suhu dah sampai 50 darjah celcius. Peluh tak ada, saya berhenti di bawah flyover, dah pening macam nak jatuh.
Saya istighfar, mengucap syahadah.
‘Dah nak mati ke?’

Bercerita lanjut, pelakon berusia 39 tahun itu sempat terfikir bahawa dia akan menghembuskan nafas terakhir selepas hampir seluruh badannya mengalami kekejangan.
Sampai di rumah sahabat di Abu Dhabi, jari kaki tangan dan badan terasa cramp.
Satu jam saya termenung di bawah pendingin hawa. Dalam hati, ‘Ya Allah, aku dah nak mati ke?’ berbisik sendiri.
Tiba-tiba aku terpadam, sedar-sedar masih terbaring.
Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk aku terus hidup. Adakah itu rasa heat stroke?
Untuk info, pelakon drama Berbahagi Suami itu dan rakannya yang juga pendaki Gunung Everest iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin bersama-sama menjayakan misi berbasikal ke Tanah Haram sejak sejak 27 April lalu.
Bagaimanapun, misi kayuhan tersebut tamat pada 29 Mei lalu selepas mereka tiba di Masjid Nabawi, Madinah.
Sumber: TikTok Amar Baharin








