
Pencapaian membanggakan! Penyanyi Yuna, melakar sejarah baharu dalam dunia muzik apabila menjadi artis tempatan pertama yang mencecah 1 billion penstriman di platform Spotify.
Artikel Berkaitan: Yuna Teruja Pertama Kali Lancar Lagu Bahasa Sepanyol, Baru Belanja ‘Teaser’ Peminat Dah ‘Goosebumps’
Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Rambut Tapi Topi Berbulu’ – Yuna ‘Declare’ Awal
Pencapaian Yuna

Menerusi sebuah hantaran di laman Threads, Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Zarai, tersenarai sebagai penyanyi yang mendahului tangga pertama di platform tersebut, diikuti Fish Leong di tempat kedua (590 juta), Datuk Siti Nurhaliza (549 juta), Yuji (422 juta) dan Putri Dahlia (414 juta).
Bukan itu sahaja, Yuna turut memiliki lebih 476,000 pengikut serta lebih 3.7 juta pendengar bulanan.
Lebih membanggakan, karya-karya pelantun lagu Dan Sebenarnya ini turut menjadi halwa telinga seluruh dunia termasuk dari Chicago, Los Angeles, Mexico City dan Sao Paulo.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet amat berbangga dengan pencapaian luar biasa yang diperolehi Yuna.
Dalam masa sama, mereka juga memberi kata-kata semangat untuk Yuna agar menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti.
Sumber: Threads








