Korang pernah dengar tentang Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)?
SejaTi MADANI ialah inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2025 yang menyalurkan geran khas antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komunit untuk bangunkan projek dalam pelbagai sektor dengan bantuan geran kerajaan.
Geran ini disalurkan kepada 5 sektor utama seperti berikut:-
- 🌱 Pertanian & Makanan
- 🏨 Pelancongan & Hospitaliti
- 🧵 Jahitan & Kraftangan
- ♻️ Aktiviti Hijau & Kitar Semula
- 🌿 Herba & Kesihatan
Menariknya, setiap komuniti boleh pilih projek mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Ini bukan sahaja mebuka peluang untuk komuniti jana pendapatan, malah bantu ramai golongan B40 dan ibu tunggal tingkatkan taraf hidup.
Dah ramai terima manfaat
Untuk tahun 2025/2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta di bawah program ni. Setakat Julai 2025, lebih RM192 juta geran telah diluluskan, dengan 2,303 komuniti dah menerima manfaat.
Antara sektor yang paling banyak mendapat permohonan lulus ialah:
- Pertanian & Makanan: 1,286 projek (RM98.97 juta)
- Pelancongan & Hospitaliti: 739 projek (RM66.28 juta)
- Aktiviti Hijau & Kitar Semula: 173 projek (RM15.38 juta)
- Jahitan & Kraftangan: 118 projek (RM8.75 juta)
- Herba & Kesihatan: 35 projek (RM2.60 juta)
Dari telur ayam ke madu kelulut

Bagi Puan Fazillah binti Abdul Latif, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kilang Padi dari Pekan Labu, Negeri Sembilan, pengalaman bersama SejaTi MADANI benar-benar membuka jalan baru.
Pada peringkat awal, dia pernah cuba mohon projek ternakan ayam telur, tetapi ditolak kerana dianggap berisiko tinggi. Hampir sahaja beliau berputus asa. Namun, satu pertemuan bersama pegawai pertanian mengubah segalanya.
“Saya diperkenalkan dengan konsultan kelulut, dan dari situ tercetus idea baru. Saya mohon semula dengan projek pemeliharaan kelulut untuk hasilkan madu. Dengan geran yang diterima, saya ambil 100 log kelulut dan diagihkan kepada 10 orang penduduk termasuk ibu tunggal dan golongan B40.”


Projek ini bukan sekadar tentang madu. Ia tentang harapan. Setiap peserta bukan sahaja dibekalkan dengan 10 log kelulut, tapi juga diberi kursus asas supaya mereka boleh urus dan hasilkan madu sendiri.
Tambah Puan Fazillah lagi, tujuan utama projek ini adalah untuk membolehkan komuniti menjana pendapatan sampingan. Tambahan pula, permintaan untuk madu kelulut sentiasa tinggi, menjadikan ia peluang yang berpotensi besar.
“Harapan saya, projek ni terus berkembang. Saya nak jadikan JPKK Kilang Padi sebagai pengeluar madu kelulut terbesar. Kalau berjaya, lebih ramai lagi penduduk boleh rasa manfaatnya.”
Realisasikan impian komuniti
Kisah Fazillah hanyalah satu daripada lebih dua ribu komuniti yang kini merasai manfaat SejaTi MADANI. Ada yang berjaya menghidupkan semula industri kraftangan, ada yang menambah baik sektor pelancongan setempat, dan ada juga yang melangkah ke arah kelestarian melalui projek kitar semula.
Apa yang pasti, SejaTi MADANI bukan sekadar geran kewangan. Ia adalah semangat untuk membina semula, berkongsi rezeki, dan menggerakkan komuniti bersama-sama.
#Belanjawan2026, #EkonomiMADANI, #RancakkanMADANI








![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)
