
Pelakon, Aniq Suhair meluahkan rasa syukur apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda selepas tiga tahun mengimbangi komitmen pengajian dengan kerjaya lakonan.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Boleh Nak Kahwin Secepat Mungkin Tapi Belum Jumpa Ciri Wanita Yang Dicari’ – Aniq Suhair
Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Akui Khilaf, Pusat Terdedah Ketika Babak Tanpa Baju
Impian tidak pernah dilupakan

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, berkongsi bahawa keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah bermula selepas dia menamatkan pengajian asasi ketika berusia 19 tahun.
Bagaimanapun, kesibukannya dalam industri lakonan ketika itu menyebabkan hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di City University selepas tiga tahun tanpa menangguhkan mana-mana semester.
Perjalanan ini bermula selepas saya menamatkan pengajian asasi pada usia 19 tahun sebelum aktif dalam industri lakonan. Kesibukan menerima tawaran kerja menyebabkan hasrat menyambung pengajian terpaksa diketepikan buat sementara waktu.
Namun, impian untuk memiliki segulung ijazah tidak pernah dilupakan.
Berkongsi mengenai cabaran sepanjang bergelar pelajar, pelakon drama Hanya Untuk Dia ini mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa antara komitmen kerja, menguruskan perniagaan dan tuntutan akademik.
Namun bersyukur kerana berjaya mengharungi segala dugaan sehingga akhirnya dapat menggenggam segulung ijazah.
Alhamdulillah, selepas enam tahun berada dalam industri, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian sambil meneruskan kerjaya lakonan. Perjalanan ini bukanlah mudah.
Antara menghafal dialog, menjiwai karakter, mengejar jadual penggambaran, menguruskan perniagaan dan menyiapkan tugasan, masa menjadi cabaran terbesar.
Ada ketika penat, demam dan tekanan menguji, namun saya bersyukur kerana berjaya mengharungi semuanya.
Pendidikan tetap penting

Dalam pada itu, Aniq berpendapat pendidikan tetap menjadi aspek penting dalam kehidupan meskipun seseorang sudah mencapai kejayaan dalam bidang kerjaya masing-masing.
Saya sentiasa percaya, sejauh mana pun kita melangkah dalam kerjaya, pendidikan tetap penting.
Ilmu bukan sekadar bekal mencari rezeki, tetapi cahaya yang memandu perjalanan hidup.
Pada masa sama, Aniq turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk keluarga dan tenaga pengajar yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh pengajiannya.
Segala puji bagi Allah SWT. Terima kasih Mama dan Abah atas doa yang tidak pernah putus, para pensyarah dan pengurusan universiti atas bimbingan serta kefahaman, juga pengurus saya Marr, keluarga, sahabat dan seluruh sokongan yang sentiasa ada sepanjang perjalanan ini.
Enam tahun dalam industri, tiga tahun menuntut ilmu, pelbagai pengajaran dan satu pencapaian yang cukup bermakna.
Alhamdulillah, segala usaha yang dicurahkan akhirnya berbaloi.
Sekadar info, Aniq pernah mengikuti pengajian asasi di Taylor’s University sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari City University Malaysia.
Kerjaya seninya mula berkembang selepas menyertai program Hero Remaja 2019/2020 dan kini aktif membintangi pelbagai naskhah lakonan.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)