Penyanyi, Shila Amzah menyifatkan 2016 sebagai tahun menyedihkan buatnya yang menetap di negara asing iaitu Hong Kong, China.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Nasihat Syada Jangan Bertahan Dengan Individu ‘Red Flag’ – ‘Hidup Bukan Untuk Mengiyakan Atau Baiki Orang Tak Baik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wajah Pengantin Mirip Shila Amzah, Ubai Seloroh – ‘Suami Dia Nama Ubai Juga Ke?’

2016 tahun menyedihkan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah dilihat turut serta membuat ‘trend’ yang sedang tular di media sosial ketika ini mengenai imbasan kenangan sekitar tahun 2016.

Menurut pelantun lagu ‘Memori Tercipta’ itu, dia enggan kembali ke tahun 2016 apabila mengenangkan perjalanan yang disifatkan tidak mudah.

2016, sejujurnya saya tidak mahu kembali ke waktu itu.

Ketika itu saya tinggal di Hong kong, dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Dalam pada itu, Shila meluahkan rasa syukur atas perjalanan yang mengajarnya menjadi seorang yang lebih kuat menghadapi ujian hidup.

10 tahun kemudian, ia ternyata satu nikmat yang besar. Saya kini lebih sihat dari segi mental dan fizikal.

Saya suka kehidupan yang sekarang.

Namun, perkara yang saya ingin katakan pada diri saya untuk tahun 2016 adalah saya bangga dengan diri sendiri kerana kuat untuk lalui semuanya.

Sumber: Threads @shahilaamzah