berita

Sekali 4! Video Anak, Menantu Hadiahkan Jambangan Duit Kepada Ibu Curi Perhatian Netizen

March 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

 

Setiap kali meraikan hari lahir insan yang istimewa mesti buntu dan tidak tahu nak hadiahkan apa. Namun berbeza dengan keluarga ini yang memilih untuk memberikan hadiah jambangan bunga kepada ibu dan mertua tersayang.

Agak-agak berapa jumlah semua itu ya?

Bagi 4 jambangan duit berbeza untuk mak

Tular di Tiktok, pemilik akaun Nia Syaqiera dan ahli keluarganya membuat kejutan 4 jambangan duit yang berbeza nilainya semperna hari lahir ibunya. Bermula dengan adik bongsunya yang memberi beberapa keping duit RM1 yang dikumpul hasil daripada duit sekolahnya hingga suami kepada wanita tersebut yang dilihat memegang sejambak wang yang banyaknya kepingan duit RM50.

Ibu balik dari seminar terkejut dengan ‘surprise’

Walaupun bermula dengan memberi jambangan yang bernilai RM1, ibunya kelihatan terharu dan terus memeluk anak-anaknya. Lalu, Nia membawa ibunya itu ke bahagian belakang kereta dan kelihatan ibunya terkejut lagi apabila melihat banyak jambang bunga yang dihadiahkan oleh anak menantunya. Untunglah!

‘Tiba-tiba berair mata’

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang positif daripada netizen yang rata-rata turut rasa ingin mengalirkan air mata dan tumpang gembira. Malah, ada yang  berseloroh mengatakan menantu beri jambang bunga nilai paling besar kerana nak mengambil hati mentuanya.

Video penuh

@nia_syaqieraNow tengah tunggu Mama balik dari seminar. Rupanya Mama keluar tengahari tadi so boleh la shoot video ni ??? Anugerah – Muhammad ?

Sumber : nia_syaqiera 

 

SKIP THIS AD ×