berita

Sekali Dia Nganga Mulut! Penampakan ‘Wanita’ Dalam Gambar Bikin 3 Sekawan Meremang

May 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita di Singapura berkongsikan gambar yang  menyeramkan di dalam group Facebook mengenai penampakan seperti seorang wanita di belakang mereka ketika sedang bergambar.

Ambil gambar bertiga

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh wanita berkenaan, dia mengatakan bahawa pada ketika itu dia keluar bersama beberapa rakannya untuk meraikan sambutan tahun baru di VivoCIty pada 2012.

Salah seorang daripada rakannya telah mencadangkan untuk mengambil gambar dan pada awalnya wanita tersebut berasa keberatan kerana dia pernah mendengar ‘mitos’ mistik larangan mengambil gambar bertiga.

Hal ini kerana terdapat kepercayaan tahyul yang dikatakan jika ambil gambar bertiga akan terkena sumpahan ataupun kepercayaan bahawa individu yang berada di tengah ketika bergambar akan mati dahulu.

Kerana ingin menjaga hati kawan dan tidak mahu mengecewakan mereka, dia akhirnya mengambil gambar bersama kawan-kawannya itu.

Kelibat wanita sedang berdiri di belakang mereka

Setelah mengambil beberapa gambar, dia berkongsikan gambar berkenaan di dalam group WhatsApp mereka. Kesemua gambar pada ketika itu kelihatan normal sehinggalah salah seorang rakannya itu mencerahkan gambar tersebut dan ternampak sesuatu yang menyeramkan. Kelihatan seperti kelibat seorang wanita yang sedang berdiri di belakang mereka dengan rambut sanggul.

Ramai netizen yang telah mencuba mencerahkan gambar berkenaan bagi mendapatkan kepastian sama ada gambar tersebut benar ataupun tidak dan salah seorangnya menyatakan bahawa dia melihat kelibat seperti ‘Sami Thailand’. Ada juga di antara mereka yang mengatakan ia merupakan kesan daripada refleksi persekitaran.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mengatakan yang dia mengalami mimpi buruk hampir setiap hari ketika dia masih muda sehingga dia telah berpindah rumah baru.

Sumber : mothership.sg

SKIP THIS AD ×