berita

Sekali Lagi Cipta Sejarah, Neelofa Dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia. Power!

December 8th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Selain memiliki rupa paras yang cantik, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikenali sebagai wanita yang berjaya di Malaysia. Belum menginjak usia 30, beliau adalah satu antara dua usahawan tempatan diiktiraf dalam senarai Forbes Asia 30 Under 30 tahun ini.

Bahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut akui kredibilitinya sebagai usahawan berjaya disamping pengasas Fashion Valet, Vivvy Yusof. Dilihat sebagai ikon ‘beauty with brain’, pengasas tudung ‘Naelofar’ sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia baru-baru ini. Hebat!

‘So proud of you’

Berita gembira itu dikongsikan oleh kakak Neelofa, Noor Nabila di akaun Instagram miliknya. Dalam kapsyennya, Nabila meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan adiknya.

Bagi yang tidak tahu, pengarah bebas bukan eksekutif adalah ahli lembaga pengarah syarikat yang bukan sebahagian daripada pasukan eksekutif.  Pengarah bukan eksekutif biasanya tidak terlibat dalam pengurusan organisasi harian, tetapi terlibat dalam membuat polisi dan perancangan.

Susulan pengumuman itu, netizen serbu mengucapkan tahniah, sambil menyifatkan Neelofa sebagai ikon inspirasi wanita.

Netizen bangga, ucap tahniah

Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa. Semoga sentiasa sukses dalam kerjayanya!

Sumber: Instagram Noor Nabila

SKIP THIS AD ×