berita

‘Sekali Pandang Muka Isteri Fizi Ali Macam Sharifah Sakinah Pula’ – Netizen

October 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyampai radio Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Bin Ali, 34 selamat melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Siti Zulaikha, 30, di sebuah lokasi di Gombak pada 23 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Rezeki Saya Bila Berjumpa Dengan Seseorang Yang Ada Anak Perempuan Juga’ – Fizi Ali

Artikel Berkaitan: Fizi Ali Tamat Zaman Duda Dengan Rakan Niaga

Di Instagram, foto Zulaikha bersama Fizi berjaya mencuri perhatian netizen. Ujar netizen, Zulaikha mempunyai raut wajah yang seakan sama dengan pelakon Sharifah Sakinah. Betul ke nampak mirip?

Macam Sharifah Sakinah

Menerusi salah satu foto yang dimuat naik oleh Fizi, Zulaikha kelihatan memakai telekung dan dipercayai baru sahaja selesai solat bersama suami dan anak tirinya, Ameena. Berikutan daripada foto tersebut, netizen berkata wajah Zulaikha mirip Sakinah. Tambah netizen lagi, Zulaikha memiliki raut wajah yang sangat cantik dan sama padan dengan Fizi.

Oleh sebab itu, netizen mendoakan yang terbaik buat mereka berdua dan berharap rumah tangga yang dibina ini akan kekal bahagia buat selama-lamanya.

Terdahulu, majlis pasangan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai sahaja. Fizi Ali dan Zulaikha telah selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.

Menurut Fizi Ali, perkenalannya dengan isteri adalah secara kebetulan. Mereka bermula sebagai rakan perniagaan, tetapi selepas itu mereka percaya ada keserasian.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×