berita

‘Sekarang Bukan Masa Untuk Berpolitik’ – TMJ

July 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Terbaharu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi perkongsiannya di akaun Facebook memberi nasihat agar ahli-ahli politik yang berada di Johor untuk memberi fokus yang lebih terhadap krisis ekonomi dan juga krisis kesihatan.

Bukan masanya untuk berpolitik

Dalam pada itu, baginda juga menegaskan bahawa sekarang bukan masanya untuk berpolitik dan dua krisi berkenaan perlu diberikan keutamaan.

Saya ingin memberi pandangan dan nasihat ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana.

Anda harus beri keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang membimbangkan.

Baginda memberi peringatan kepada ahli-ahli politik untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat sendiri dan berkhidmat untuk negara bagi mengurangkan kes jangkitan COVID-19 yang kini kian meningkat .

Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan gencatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat. Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat.

Sumber : HRH Crown Prince of Johor

SKIP THIS AD ×