
Usahawan Datin Seri Nur Shahida, meluahkan rasa gusar terhadap tingkah laku dan akhlak segelintir remaja.
Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’
Shahida bimbang

Menerusi hantaran di Threads, Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid, 41, percaya cara didikan yang diterapkan merupakan antara sebab utama remaja kini bersifat sedemikian.
Akhlak sesetengah remaja sekarang makin membimbangkan.
Dulu cikgu tegas, mak ayah pun tegas. Salah tetap salah dan kita diajar menerima teguran serta akibat.
Sekarang cikgu nak tegas serba salah, ibu bapa nak marah pun takut jadi isu.
Walau bagaimanapun, Shahida menegaskan bahawa isu tersebut tidak sewajarnya diletakkan kesalahan kepada anak-anak sepenuhnya, tetapi peranan pihak bertanggungjawab serta masyarakat juga penting dalam pembentukan sahsiah remaja.
Jangan salahkan anak semata-mata.
Kadang-kadang sistem dan masyarakat kita sendiri terlalu takut untuk mendidik, sampai anak-anak semakin hilang batas adab dan rasa hormat.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-syukri.jpg)
