berita

‘Sekarang Dah Jadi Bubur’ – Sound Produksi Tawar Bayaran Rendah, Tony Eusoff Mohon Maaf

November 28th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sering membawakan watak antagonis, Tony Eusoff merupakan salah seorang pelakon berbakat yang sering menghiasi drama tempatan. Tony juga aktif dan berpengalaman meluas dalam bidang teater. Baru-baru ini, dia telah meluahkan rasa kesal dengan produksi yang menawarkan bayaran rendah.

Luahannya itu mendapat perhatian ramai orang yang turut sama bersimpati dengan nasib yang menimpa anak seni. Walaubagaimanapun menerusi tweet terbaru, pelakon Dendam Pontianak ini memohon maaf diatas ketelanjuran menyuarakan isi hati.

Luahan dibuat tergesa-gesa

Menulis di laman Twitter, Tony mengakui lontaran luahan hati yang dibuatnya baru-baru ini dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa berfikir panjang. Dia turut mengaku apa yang dikeluarkan adalah mengikut emosi semata-mata.

Mengikut emosi

Jelasnya lagi, dia langsung tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak. Dia juga faham caranya agak salah dimana menggunakan platform yang tidak betul apabila berkongsi curahan di media sosial. Oleh itu, pelakon ini memohon maaf seandainya keluhan telah mengguris hati mana-mana pihak.

Di ruangan komen, rakan artis dan netizen memberikan kata-kata semangat buat Tony Eusoff. Mereka menganggap apa yang dikeluarkan tidak salah.

‘Keluhanmu bukan tak berasas’

Sumber : Tony Eusoff

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×