berita

‘Sekarang Satu Mahkamah Tahu Perangai Sebenar Dia’ – Ammar Alfian Dibenar Cerai Isteri Secara Tebus Talak

October 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, isteri kepada pelakon terkenal Ammar Alfian Aziz iaitu Nellisa Nezam memberitahu bahawa dia nekad dengan keputusan untuk berpisah dengan suaminya. Nellisa dikatakan telah memfailkan tuntutan perceraian sekitar bulan Januari yang lalu.

Artikel berkaitan: ‘Sebagai Isteri Saya Mahukan Sesuatu Daripada Suami Tapi…’ – Isteri Ammar Alfian Fail Penceraian

Terbaru, Ammar Alfian memberitahu bahawa pihak mahkamah telah memberikan kebenaran buat mereka untuk bercerai secara tebus talak .

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7000. Comel tak peguam saya. Finally the truth is out. She may had the world fooled plotting with the media to go against me but the truth will always prevail. Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. What u did to my mom & dad I will never forgive u. Justice has been served.

Menurut Ammar, pihak mahkamah telah memberikan kebenaran buat mereka untuk bercerai secara tebus talak dan bekas isterinya iaitu Nellisa, perlu membayar iwad sebanyak RM7000. Tambahnya lagi, segala kebenaran akhirnya sudah terjawab. Di samping itu, Ammar turut memberitahu bahawa selama ini bekas isterinya telah menggunakan media sebagai sumber untuk menentangnya. Namun, mahkamah telah mengetahui perangai sebenar bekas isterinya hari ini.

Di akhir posting tersebut, Ammar turut menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan bekas isterinya di atas semua kesalahan yang dilakukan terutama terhadap ibu bapanya.

You have done the right choice

 

Sumber: Ammar Alfian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×