
Pernah tak korang pening sebab nak log masuk ke pelbagai laman web kerajaan macam MySejahtera ada satu laman web sendiri, JPJ pula lain, KWSP pun lain?
Sekarang tak perlu susah-susah lagi sebab kerajaan tengah memperluaskan penggunaan MyDigital ID, satu akaun digital rasmi yang membolehkan rakyat Malaysia urus pelbagai perkhidmatan kerajaan hanya dengan satu ID je!
Apa Sebenarnya MyDigital ID Ni?

Senang cerita, MyDigital ID ni macam kad pengenalan digital korang dalam dunia maya.
Bila dah daftar, akaun yang sama boleh digunakan untuk pelbagai urusan rasmi daripada semak bantuan, mohon lesen perniagaan, daftar kenderaan di JPJ, sampai ke akses akaun KWSP.
Tak payah ingat banyak password, tak payah isi maklumat berulang kali. Semuanya automatik, cepat dan selamat!
Sasaran Besar Dalam Belanjawan 2026
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan mensasarkan 15 juta pengguna MyDigital ID menjelang hujung 2025.
Tapi bukan sekadar tambah pengguna, sistem ini juga akan diperluas ke sektor lain seperti perbankan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.
Maknanya nanti, korang boleh guna satu ID je bukan saja untuk urusan kerajaan, tapi juga untuk login akaun bank atau aplikasi kesihatan. Jimat masa, jimat tenaga!
Rakyat Dah Rasa Sendiri Kemudahannya
Ramai yang dah cuba dan mengakui kemudahan MyDigital ID ni termasuk golongan muda dan pekerja profesional.

Hazlan, 32 tahun (Penyunting Video)
“Dulu kalau nak semak KWSP atau buat urusan cukai, saya kena buka banyak laman web dan isi maklumat berulang kali. Sekarang senang — satu ID je boleh terus akses semua.
Jimat masa, dan paling best, tak payah pening ingat password berlambak!”
Bagi Faris, 21 tahun, pelajar universiti pula, MyDigital ID banyak membantu urusan harian sebagai pelajar.

Ata, 21 tahun (Pelajar Tahun Akhir)
“Saya guna MyDigital ID untuk semak status bantuan pelajar dan permohonan internship kerajaan. Semuanya lebih cepat dan mesra pengguna.
Saya rasa inilah masa depan sistem digital Malaysia, ringkas tapi selamat.”
Selamat, Boleh Dipercayai
Ramai juga tertanya, “Selamat ke sistem ni?” Haa.. Jangan risau sebab MyDigital ID dibangunkan menggunakan teknologi keselamatan tinggi dengan pengesahan identiti berganda dan tandatangan digital dilindungi.
Maklumat peribadi pengguna kekal sulit dan tak mudah disalah guna sebab keselamatan rakyat adalah keutamaan.
Arah Baharu Hidup Digital Rakyat Malaysia

MyDigital ID bukan sekadar inovasi teknologi, tapi simbol perubahan ke arah kehidupan digital yang lebih efisien dan inklusif.
Dengan sistem ini, rakyat boleh menikmati pengalaman urusan kerajaan yang lebih pantas, lancar dan selamat.
#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #RancakkanMADANI








