berita

Sekarang, Tak Mustahil Untuk Miliki Rumah Impian Dengan Maybank Islamic HouzKEY!

October 1st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Scandinavian Living Room Design: Ideas & Inspiration

Zaman sekarang ni mustahil rasanya bagi kita untuk memiliki rumah sendiri kan? Yelah, bukan sikit modal yang perlu dikeluarkan. Belum lagi nak cari pinjaman yang terbaik dan pilih rumah yang sesuai dengan komitmen bulanan kita lagi.

Percaya tak, dengan Maybank Islamic HouzKEY, tak mustahil untuk korang miliki rumah idaman korang tau. Lebih menarik, tiada bayaran pendahuluan dan pelbagai lagi faedah menarik yang korang boleh nikmati!

Maybank Islamic HouzKEY, menjadikan pencarian rumah idaman lebih mudah..

Kalau korang nak tahu, Maybank Islamic HouzKEY adalah penyelesaian pembiayaan rumah kediaman yang ditawarkan oleh Maybank Islamic bagi membantu pembeli rumah pertama dan kedua di Malaysia dalam memiliki kediaman impian mereka!

Bukan itu je, terdapat pelbagai manfaat yang korang boleh nikmati seperti:

1. Nikmati pembiayaan sehingga 100%

Selalunya bila nak beli rumah, korang harus membayar 10% pendahuluan kan? Tapi, dengan Maybank Islamic HouzKEY, tiada bayaran pendahuluan yang dikenakan dan korang hanya perlu membayar deposit tiga bulan (dikembalikan).

2. Tiada pembayaran semasa tempoh pembinaan

Sekiranya unit kediaman korang masih dalam pembinaan, Maybank Islamic HouzKEY akan membantu membiayai kos semasa pembinaan sehinggalah korang pindah masuk atau selepas mengambil kunci rumah.

3. Nikmati pembayaran bulanan terendah

Bayaran ansuran bulanan rumah merupakan sesuatu yang membebankan. Tetapi dengan Maybank Islamic HouzKEY, korang boleh miliki rumah idaman korang dengan membayar jumlah terendah setiap bulan. Ini membolehkan korang mengekalkan aliran tunai yang baik.

Sempena ulang tahun ke-3, Maybank Islamic HouzKEY tawarkan ganjaran luar biasa buat korang!

Ini bermakna, korang akan dapat menikmati pelbagai tawaran dan promosi istimewa bermula 1 hingga 31 Oktober 2020 ini!

Terdapat banyak hadiah lumayan yang boleh korang miliki seperti tambah nilai e-wallet bernilai RM3,999, rumah separa lengkap yang dilengkapi dengan kabinet dapur, penghawa dingin, mesin basuh dan kering serta banyak lagi! Bestnya!

Kalau korang nak menangi semua ni, jangan lupa layari laman web Maybank untuk maklumat lanjut tau!

Apa tunggu lagi, jom miliki kediaman impian korang hari ini juga!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maybank Islamic HouzKEY. 

SKIP THIS AD ×