Satu khabar duka mengenai sekolah milik biduanita negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di Gaza, Palestin dilaporkan musnah.

Artikel Berkaitan: ‘Pelajar, Petugas Sekolah Afwa Al Afiyah Selamat Tiba Di Selatan Gaz*’ – Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Ramai Datang Rumah, Tapi Saya Harap Mereka Guna Saluran Yang Betul’ – Siti Nurhaliza

Musnah dibedil Israel

Berita itu dikongsikan sendiri oleh wakil Yayasan Nurjiwa di Palestin, Doktor Mohanad Kullab dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Menurut Mohanad, sekolah yang diberi nama Sekolah Afwa Al Afiyah telah musnah dibedil rejim Israel.

Sekolah Afwa dan Afiyah telah pun musnah dibedil bom.

Akan bangkit & bina semula

Sementara itu, Yayasan Nurjiwa turut mengesahkan mengenai kejadian tersebut menerusi satu hantaran di IG.

Ujar mereka, kejadian itu sama sekali tidak mematahkan semangat dalam memberikan perlindungan kepada rakyat yang ditindas di Gaza dan akan berusaha mencari jalan untuk bangkit.

Berita ini amat mengejutkan serta menyayat hati seluruh warga Yayasan Nurjiwa terutama pengasas Yayasan Nurjiwa, Dato’ Sri Khalid dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Walau bagaimanapun, kami tetap bertekad untuk terus berdiri bersama rakyat Gaza dan berusaha mencari jalan bagi membina semula harapan yang telah musnah.

Yayasan Nurjiwa menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha kemanusiaan demi masa depan anak-anak Gaza.

Sumber: IG dr.mohanad.ak, IG nurjiwafoundation