berita

‘Sekolah Anak Saya Tutup Sebab Jerebu, Doktor Boleh Bagi MC?’

September 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia, melebihi paras sangat berbahaya. Ekoran itu, majoriti sekolah-sekolah di Malaysia, terpaksa ditutup sepanjang tempoh berkenaan. Jutaan murid sekolah rendah termasuk sekolah menengah, disarankan berehat di rumah dan mengurangkan aktiviti di kawasan luar sepanjang musim jerebu ini.

Namun begitu, timbul pula isu berbangkit seperti tiada pihak yang mampu menjaga kanak-kanak tersebut andai mereka disuruh berehat di rumah. Hal ini menyebabkan ada sesetengah ibu bapa tergamak meminta medical certificate (MC) daripada para pegawai kesihatan. Menerusi Facebook Dr Kamarul Ariffin, dia tampil menjelaskan kepada orang ramai mengenai keburukan isu tersebut.

Tiada orang nak jaga anak saya

“Doktor, boleh beri saya MC? Sekolah anak saya tutup sebab jerebu. Tak ada orang nak jaga dia orang dekat rumah.”Situasi begini berlaku setiap kali ada penutupan sekolah atas isu keselamatan dan kesihatan, contohnya jerebu, keracunan makanan, pencemaran kimia dan sebagainya.

Setiap kali berlaku penutupan, pasti ada ibubapa minta MC. Doktor jadi serba salah. Doktor tak boleh beri cuti sakit kepada ibubapa ni, tapi kalau tak beri, tiada siapa nak jaga keselamatan anak di rumahAda beranggapan doktor kena guna budi bicara dalam mengeluarkan MC untuk kes macam ni, hakikatnya majikan kepada ibubapa ini yang perlu guna budi bicara untuk beri cuti kepada pekerja yang terlibat.

Hanya diberikan kepada pesakit

Lebih elok lagi jika KPM boleh keluarkan surat rasmi kepada majikan ibu bapa murid-murid yang terlibat untuk mengesahkan penutupan sekolah dan meminta kelonggaran untuk memberikan cuti kecemasan. Itu lebih baik daripada minta budi bicara doktor kerana MC hanya layak diberi kepada pesakit. Tak usah benarkan budaya “kawtim” begini sebagai kelaziman. Jika nak kawtim, biarlah pada pihak yang terlibat(majikan).

Dalam keadaan jerebu seperti ini, ramai pesakit yang benar-benar sakit. Mereka kena menunggu lebih lama kerana ada ibubapa yang nak cuba minta MC untuk jaga anak di rumah. Ini tidak adil buat pesakit. Ia juga tidak adil buat ibubapa murid yang terlibat ini.
Ibu bapa ini tidak akan cuba meminta MC jika ada saluran lain untuk mendapatkan cuti. Takkan mereka nak tinggalkan anak sendiri di rumah sepanjang hari?

Mohon laksanakan rancangan lebih menyeluruh untuk pengurusan bencana. Jika sekolah tutup, elok jika ibubapa ada mekanisma untuk memohon cuti kecemasan daripada majikan. Jika memang sudah ada SOP itu, mohon hebahkan kerana ramai masih tidak tahu mengenainya. Jika belum ada, marilah usahakan untuk mewujudkannya. Hal ini penting untuk pastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta ibubapa terjaga.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×