Semakin maju dunia semakin banyak benda baharu akan diterokai dan kita pula mestilah sentiasa bersedia! Kita kena bergerak selaras dengan kelajuan dunia berubah. Kalau tak tertinggal nanti!
4IR atau Revolusi Perindustrian Keempat ni merupakan transformasi disruptif yang membolehkan automasi dalam industri-industri tertentu berubah dengan kemunculan teknologi baharu ini.
Sebagai contoh, bagaimana kini kita boleh belajar secara online, bekerja dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi seperti Al, kenderaan berautonomi (AV) dan IoT dan sebagainya.
Ini meliputi ciri-ciri baharu yang menggabungkan kesemua teknologi baharu di dunia iaitu alam fizikal, digital dan juga biologi. Ketiga-tiga teknologi baharu ni semuanya memberi kesan kepada kesemua bidang,industri dan juga ekonomi yang ada.
Ini merupakan 10 sektor yang terlibat dan manfaatnya kepada kita!
Dengan adanya teknologi 4IR ni, ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada rakyat tetapi ia juga mencipta peluang pertumbuhan sosioekonomi yang baru kepada negara kita ni!
Antara sektor yang diberi fokus utama ialah:
Sektor yang menyokong keperluan sosioekonomi
- Pendidikan
- Pertanian
- Utiliti
Sektor yang memacu penerimagunaan teknologi
- Kewangan dan Insurans
- Perkhidmatan profesional, saintifik dan teknologi
- Perdagangan borong dan runcit
- Pelancongan
Sektor sokongan
- Pembinaan
- Perkhidmatan kesenian, hiburan dan rekreasi
- Hartanah
- Perlombongan dan pengkuarian
- Perkhidmatan maklumat dan komunikasi
- Pentadbiran dan khidmat sokongan
Macam mana 4IR ni boleh membantu rakyat Malaysia melalui sektor-sektor ni?
Daripada 10 sektor yang tersenarai, sini admin nak terangkan bagaimana dasar 4IR ni diterapkan dan beri manfaat kepada kita.
Kesihatan
- Dapat mengurangkan ketidakpadanan rantaian bekalan dan penyampaian perkhidmatan dalam industri penjagaan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi 4IR.
- Wujudkan rangka kerja bagi penerimagunaan teknologi yang pantas untuk teknologi 4IR yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan
- Menetapkan standard dan garis panduan nasional yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan untuk program robotik dan drone
- Mewujudkan dana-dana kesihatan untuk menyokong penciptaan dan penggunaan teknologi 4IR.
- Memanfaatkan teknologi baru muncul dengan meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, termasuklah perubatan dan genomik yang disesuaikan dengan keperluan individu.
Pendidikan
- Mempertingkatkan kemahiran dan latihan kemahiran semula tenaga pengajar untuk memanfaatkan teknologi 4IR .
- Memperluas program dan kurus kemahiran teknikal berkaitan 4IR dan insaniah dengan nilai kemanusiaan.
- Menyelaras dan memperkemas dasar, perundangan dan proses untuk penyampaian pendidikan yang cekap disamping memastikan pendekatan yang bersepadu dan pentadbiran yang lebih efektif .
- Menggalakkan pewujudan pangkalan data dan pendidikan berpusat dan terbuka
- Mempromosikan pendidikan yang lebih terbuka & memastikan penyampaian pendidikan yang fit-for-future
Pertanian
- Memperluaskan bakat dan teknologi dalam program-program agri-cluster melalui pelbagai agensi dan bina lebih banyak platform digital lokal untuk mewujudkan pasar digital berasaskanFarm-to-Table.
- Melabur dalam infrastruktur asas di luar bandar untuk membolehkan penerimagunaan teknologi 4IR
- Menubuhkan pusat teknologi pertanian 4IR dan dana fasilitasi pertanian 4IR untuk mendorong penggunaan teknologi yang baru
- Mewujudkan dana amanah pelaburan bersama yang dikawal selia untuk mengumpulkan modal dari sektor kerajaan dan swasta untuk melabur dalam teknologi yang berkaitan dengan 4IR serta berikan insentif cukai untuk mendorong penggunaan teknologi 4IR
Pengangkutan dan Logistik
- Melengkapkan tenaga kerja di sektor pengangkutan dan logistik dengan set kemahiran 4IR
- Tingkatkan sistem logistik digital dengan menggunakan 4IR teknologi untuk menggalakkan saling kendali (interoperability)
- Meningkatkan ketahanan rangka kawal selia untuk menyokong penggunaan teknologi 4IR yang berkaitan dengan pengangkutan dan logistik.
- Meningkatkan mobiliti melalui pengembangan dan penggunaan pangkalan data yang lebih teratur yang melibatkan pengangkutan, termasuklah pengurusan lalu lintas.
- Menyokong sebarang R & D & C & I untuk teknologi 4IR dan meningkatkan efisiensi dalam pengurusan keselamatan siber untuk mengurangkan risiko siber
Sedikit demi sedikit perubahan ni akan memberi impak yang besar kepada pengurusan negara kita ni!
Sedikit sebanyak dasar ini telah pun mula mengubah proses dan sistem sedia ada yang mempengaruhi semua aspek kehidupan manusia.
Korang pun boleh cuba teknologi 4IR ni mengikut teknologi baru apa yang ada dalam sektor korang berada! Boleh lihat dan nilai sendiri perbezaan teknologi lama dengan teknologi 4IR ni dan bagaimana teknologi ni boleh memudahkan kerja, menjimatkan masa dan juga tenaga.
Teknologi 4IR berpotensi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan menambah baik apa yang perlu dibaiki.
Korang boleh tengok Facebook EPU Malaysia dan juga Facebook Mosti Malaysia untuk dapatkan info terkini mengenai dasar ni!