Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Syamsul bersetuju untuk melafazkan talak terhadap Puteri Sarah selepas melakukan perbincangan bersama dan memikirkan masa depan anak-anak.
‘Fitrah duniawi memang datang dan pergi’
Menerusi satu hantaran di Instagram, Puteri Sarah reda dengan fitrah bahawa tidak ada satu pun yang bersifat kekal di dunia ini. Malah semuanya adalah pinjaman yang diberikan oleh Allah SWT, bila tiba masanya kita perlu melepaskan sesuatu perkara dengan ikhlas.
Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki kesemuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan . Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.
Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena redha dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa , tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka.
Ujar Puteri Sarah lagi, sebagai orang Islam kita perlu yakin dan percaya sepenuhnya kepada Allah SWT kerana segala ketentuan dan takdir yang telah tertulis untuk kita adalah yang terbaik.
Kekecewaan dunia hanyalah sementara sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain Allah simpan untuk kita.
Sumber: Puteri Sarah Liyana