berita

‘Sel Merebak & Ada Ketulan Di Limpa’ – Derita Anak Hidap Kanser Neuroblastoma Tahap 4

December 26th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Kanser merupakan antara penyakit yang lambat dikesan oleh pengidapnya. Lebih menyedihkan apabila mereka mengetahuinya selepas keadaan sudah semakin kritikal. Seperti dikongsi ibu tunggal ini apabila anaknya terpaksa dibuang tumor kanser di tengkorak selepas disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4. Sedihnya.

Telah dibuang tumor kanser


Assalammualaikum..
Saya adalah ibu kepada nur hasfiza aswaty binti ayub..anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4 sejak bulan 5 pada tahun ini. Saya hanya berkerja sebagai pembantu di kantin sekolah sebelum ank saya disahkan ada kanser, dan saya hanya ibu tunggal ( bercerai hidup). Setelah anak saya sakit saya tidak dapat berkerja disebabkan rawatan intensif kimoterapi terhadap ank saya.

Anak saya telah dibuang tumor kanser pada 19.9.2019 di HRPZ. Tapi malang nye pada 10.10 telah buat ct brain dan result telah menunjukan sel kanser telah merebak di tengkorak kepala dan yg terbaru doctor mengatakan ada ketulan di limpa.

Anak terpaksa berhenti sekolah


Saya masih ada 2 orang anak lagi yg umur 12 tahun dan 6 tahun, yang umur 12 tahun terpaksa diberhentikan sekolah kerana saya tidak mampu membayar tuesyen untuk upsr dan saya mengambil keputusan menghantar ke pondok..anak saya yg usia 6 tahun dijaga sepenuh nya oleh ibu saudara saya.

Tahun depan akan melangkah ke tahun 1 dan satu ape pun persiapan tidak dapat dilakukan lagi. Saya penerima bantuan jkm atas ibu tunggal dan hanya menerima rm300.00 sahaja, dengan keadaan saya yang tidak berkerja dan perlu berulang alik ke hospital duit jkm itu tidak mencukupi kerana saya juga perlu membeli pampers bila anak saya perlu kimo.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan sedikit untuk meringankan beban saya..Jika tidak dapat membantu saya dengan wang ringgit saya harap dapat membantu dengan share kisah ini
Cimb
7045637051
Emy ezilliani bt muhd saidi

Sumber : Emy Ezilliani