Hari ini semua berduka cita dengan kehilangan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan sahabat terdekat, malah rakan-rakan artis yang lain turut bersedih dengan pemergian ini.
Terbaru, Fasha Sandha kongsi perbualan terakhir di Whatsapp bersama arwah. Pelakon itu luah rasa sayu dan sedih apabila mengenangkan kebaikan dilakukan arwah yang sanggup memenuhi permintaannya untuk makan mee rebus.
Abam insan mulia
Allahuakbar..Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee, lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar
Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.
Perbualan terakhir bersama Abam
Di dalam perbualan yang dikongsikan, Fasha Sandha bertanyakan pada Abam dimana ingin dapatkan mee rebus yang dijual Abam kerana dia mengidam. Dengan baik hatinya, Abam menawarkan diri untuk masak khas untuk pelakon tersebut.
Masak mee rebus
Perkongsian Fasha sekali lagi undang sebak netizen yang rata-ratanya memuji kebaikan Abam berhati mulia. Sama sama kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Netizen sebak
Sumber : Fasha Sandha