berita

Selain Baju & Kasut, Aksesori Pun Penting Untuk Nampak Vogue Raya Ni. Nah Tips!

May 14th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Aksesori ni boleh dikatakan sebagai pelengkap dalam menyerlahkan gaya seseorang, terutamanya kaum wanita. Setuju tak, bila korang pakai je aksesori, korang akan nampak berseri-seri dan konfiden?

Haa..dah nak dekat raya ni, korang dah beli ke aksesori yang nak dipakai nanti. Jangan salah pilih tau, nanti tak pasal-pasal nampak macam pokok krismas bergerak pulak! Kalau tak tahu nak pilih aksesori yang sesuai, jom follow tips-tips ni..

Pilih aksesori yang tak sarat


Nak bergaya ni boleh, tapi janganlah pilih aksesori yang melampau sampai nampak macam mami jarum pulak! Boleh je kalau korang nak gabungkan beberapa aksesori, tapi make sure jangan melebihi tiga atau empat aksesori. Yang penting, aksesori tu mestilah sepadan antara satu sama lain.

Saiz kena betul!

Nak gayakan aksesori ni bukan boleh pakai hentam je tau. Saiz mestilah betul! Kalau korang pakai baju yang simple, korang boleh pilih aksesori yang sederhana saiznya sebab tak nak nampak over!

Contohnya, korang boleh gayakan brooch, rantai atau gelang tangan dengan saiz yang sama asalkan sepadan dari segi warna dan gaya.

Tak perlulah samakan warna kasut dan beg dengan baju!

Image result for neelofa with handbag

Kalau zaman 90-an dulu, trend pakai kasut dan beg tangan sama warna dengan baju memang tengah in! Tapi kalau korang buat trend ni zaman sekarang, mungkin orang akan pandang pelik kot.

Haa..seeloknya, pastikan korang pilih kasut dan beg tangan dari rona warna yang seakan-akan sama ataupun sedikit terang dari warna baju. Barulah orang tak nampak macam ketinggalan zaman.

Jam tangan sebagai pelengkap gaya

Kalau korang ni jenis yang tak suka pakai aksesori, jangan risau. Pakai jam tangan sahaja pun boleh menyerlahkan gaya korang tau!

Kalau korang rasa baju korang sarat dan vogue, korang boleh pilih jam tangan dengan rekaan yang sederhana. Tapi, kalau baju korang simple je, korang pilihlah jam tangan dengan rekaan yang agak menonjol, contohnya, jam tangan dengan warna yang terang ataupun bertatahkan batu kristal.

Yang penting, raya ni mesti kena ada Koleksi Sparkling Raya Swarovski!

Korang pening fikir nak padankan aksesori apa dengan baju raya tahun ni? Eh, tak payah risau, sempena Aidilfitri ni, Swarovski akan melancarkan koleksi aksesori raya iaitu barangan kemas dan jam tangan yang bakal menyerlahkan gaya dan melengkapkan raya korang!

Swarovski percaya, setiap wanita adalah istimewa. Oleh itu, Swarovski mendedikasikan Koleksi Sparkling Raya Swarovski ni kepada wanita agar mereka rasa yakin, konfiden dan tampil cantik sempena musim perayaan yang akan tiba tak lama lagi.

Koleksi Sparkling Raya Swarovski ni juga menampilkan kombinasi spektrum rona warna hijau, biru dan emas yang akan melengkapkan gaya korang Syawal nanti. Memang rambang mata betul tengok semua Koleksi Sparkling Raya Swarovski ni. Rasa macam nak beli semua. Jom admin tunjuk kat korang!

OZ, gabungan unik hijau emerald dan emas

 

1. Oz Pierced Earrings, White, Gold plating 2. Oz Y Necklace, White, Gold plating 3. Oz Pendant, White, Gold plating 4. Oz Necklace, White, Gold plating 5. Oz Ring, White, Gold plating 6. Oz Bracelet, White, Gold plating

Kalau korang jenis yang suka bergaya tapi taknak nampak over, koleksi OZ ni memang untuk korang! Gabungan kristal berwarna hijau emerald dan emas memang pilihan yang bijak untuk jadikan gaya korang lebih berkilau.

Kristal-kristal kecil hijau yang menghiasi koleksi OZ ni akan membuatkan gaya korang menyerlah walaupun korang hanya mengenakan baju yang simple sahaja.

Tampil glamor dengan CRYSTALLINE GLAM!

1. Crystalline Glam Watch, Metal Bracelet, White, Champagne gold tone 2. Crystalline Glam Watch, Metal Bracelet, White, Silver tone

Dengan lebih 800 batu kristal Swarovski, CRYSTALLINE GLAM memang pilihan tepat buat korang yang tak berapa suka pakai barangan kemas. Siapa kata kalau nak bergaya kena pakai segala aksesori? Pakai jam tangan pun dah nampak eksklusif! Tambah-tambah pulak kalau pakai jam tangan CRYSTALLINE GLAM ni.

Jam tangan CRYSTALLINE GLAM berwarna emas untuk korang yang nak nampak mewah, manakala warna silver pula untuk korang yang sukakan gaya bersederhana, tetapi masih nampak glamor.

OLIVE, inspirasi dari padang pasir dan lautan

Koleksi Sparkling Raya Swarovski OLIVE ni pulak merupakan kombinasi unik pasir dan laut. Sebab tulah koleksi OLIVE ni terdiri daripada dua warna iaitu emas dan biru.

1. Olive Pierced Earrings, Multi-colored, Gold plating 2. Olive Pierced Earrings, Multi-colored, Gold plating 3. Olive Pendant, Multi-colored, Gold plating 4. Olive Bangle, Multi-colored, Gold plating 5. Olive Necklace, Multi-colored, Gold plating

Diilhamkan dari padang pasir di bawah sinaran matahari dan juga warna biru laut, rekaan OLIVE menampilkan silhouette berlapis yang menggabungkan unsur moden dan klasik.

 

1. Olive Pierced Earrings, Multi-colored, Rhodium plating 2. Olive Pierced Earrings, Aqua, Rhodium plating 3. Olive Pendant, Aqua, Rhodium plating 4. Olive Necklace, Multi-colored, Rhodium plating 5. Olive Ring, Aqua, Rhodium plating 6. Olive Bangle, Aqua, Rhodium plating

OXYGEN, koleksi yang wajib ada, raya ini

Campuran logam dan batu-batu kristal Swarovski dengan suntikan warna biru, emas, merah dan rose gold memang akan membuatkan mata orang yang memandang tak berkelip dengan kilauannya. Lagi menarik kalau korang sepadankan bangle koleksi OXYGEN ni mengikut warna baju raya korang.

Nampak mewah, tapi dalam masa yang sama, melengkapkan gaya korang sempena Aidilfitri nanti.

1. Oxygen Bangle, Red, Rose gold plating 2. Oxygen Bangle, Gray, Rose gold plating, 3. Oxygen Bangle, Green, Rhodium plating, 4. Oxygen Bangle, Multi-colored, Gold plating

Classy dan berkilauan dengan COSMIC ROCK

1. Cosmic Rock Watch, Metal bracelet, White, Rose gold tone 2. Cosmic Rock Watch, Metal bracelet, Blue, Rose gold tone

Koleksi jam tangan COSMIC ROCK ni merupakan koleksi paling laris dan menjadi kegemaran ramai. Mana taknya, dengan rekaan bertatahkan kilauan batu kristal paling halus, COSMIC ROCK memang antara koleksi yang korang wajib ada raya ini untuk tampil konfiden dan glamor.

Neelofa, wajah Swarovski raya tahun ini..

Memiliki tarikan dan keunikan tersendiri, Neelofa sekali lagi telah dipilih untuk menjadi wajah Swarovski pada tahun ini. Menurut Swarovski, pemilihannya adalah berdasarkan perwatakan Neelofa yang selalu tampil konfiden dan glamor, seiring dengan tema yang ingin diketengahkan oleh Swarovski.

Meh admin belanja gambar Neelofa menggayakan Koleksi Sparkling Raya Swarovski di padang pasir Abu Dhabi. Cantik dan menyerlah sangat kan?

Aduhai..admin dah jatuh cinta lah dengan Koleksi Sparkling Raya Swarovski ni, nak-nak bila Neelofa yang gayakan. Raya ni, mesti kena beli!

Haa..kalau korang pun nak nampak glamor, konfiden dan cantik raya ini, jangan lupa dapatkan Koleksi Sparkling Raya Swarovski ok! Bila pakai je koleksi ni, confirm crush korang tak berkelip mata dok pandang korang.

Nikmati diskaun dan pelbagai promosi menarik!

Yang lagi best, sempena Hari Raya yang bakal tiba ni juga, Swarovski akan mengadakan promosi Ramadan eksklusif selama 2 jam, di mana korang layak untuk mendapatkan diskaun 20% dan pelbagai lagi promosi menarik di outlet Swarovski yang terpilih. Makanan ringan dan manisan pun ada disediakan tau!

Oh ya, kalau korang nak tahu, kali ni Swarovski akan berkolaborasi dengan jenama milik Neelofa sendiri iaitu Naelofar Hijab. Paling best, jika korang berbelanja sehingga RM650, korang layak untuk bawa pulang Naelofar Hijab X Swarovski edisi terhad berserta set eksklusif sampul duit raya! Yeay!

Eh..korang nak tak Crystaldust Cuff ni secara PERCUMA? Haa..kalau nak, korang hanya perlu berbelanja sehingga RM980 ke atas dan Crystaldust Cuff yang cantik dan berkilau ni akan jadi milik korang!

Jadi, apa tunggu lagi, jom jadikan Koleksi Sparkling Raya Swarovski ni sebagai aksesori wajib penghias Hari Raya korang tahun ini. Koleksi Sparkling Raya Swarovski kini boleh didapati di outlet Swarovski seluruh negara dan juga Zalora.  Selamat Hari Raya!

SKIP THIS AD ×