berita

Selain Beban Hutang Banyak, Dr Wan Azizah Akui Kerajaan Sekarang Banyak Kelemahan

March 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Usaha mentadbir negara dalam masa lapan bulan adalah bukan sesuatu yang mudah dan sepastinya pelbagai perubahan perlu dilakukan kerajaan baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah turut mengakui mengambil alih sistem pentadbiran selama 60 tahun yang dipimpin Barisan Nasional adalah sukar ekoran beban hutang yang banyak ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan PH baru lapan bulan

Datuk Seri Dr Wan Azizah menyifatkan perubahan dalam sistem pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah bukan sesuatu yang mudah. Mengambil alih sistem pentadbiran yang telah dipimpin kerajaan terdahulu berusia 60 tahun adalah cabaran buat kerajaan kini.

Selama 60 tahun kerajaan tidak pernah tukar. Bila kita ambil alih kita tidak ada dana yang mencukupi. Ini fakta, hutang negara kalau kita tidak membayar kita akan menjadi negara yang bankrap.

Tambahnya lagi, usaha ini mengambil masa dan ditambah pula dengan beban hutang negara yang banyak, ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Kerajaan PH baru lapan bulan, tidak mudah membaiki sistem yang dah lama. Ini bukan excuse. Kita cuba usahakan dengan mengadakan mesyuarat demi mesyuarat, jawatankuasa demi jawatankuasa macam mana kita nak turunkan kos sara hidup yang kita rasa bebankan rakyat.

Kami perlu realistik

Timbalan Perdana Menteri mengakui kerajaan baharu mempunyai kelemahan termasuk terdapat beberapa pemimpin baru dalam kabinet dan kurang pengalaman dalam pentadbiran negara ini.

Kerajaan ada kelemahan memang saya akui, kita tidak sempurna. Saya sendiri akui sebab anggota kabinet semua muka baharu. Yang lama pun Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Lim Guan Eng dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada pengalaman mentadbir negeri.

Menteri lain semua muka baharu. Kami perlu realistik. Bagaimanapun kita akan cuba betulkan keadaan.

Sumber: Astro 

SKIP THIS AD ×