berita

Selain Jutawan Thailand, Siapakah Lagi 4 Mangsa Nahas Helikopter Di Stadium King Power?

October 29th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Siapa sangka tidak lama selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan West Ham United tamat, satu kecelakaan berlaku tidak jauh dari Stadium King Power melibatkan helikopter Jutawan dan juga pemilik kelab Leicester City iaitu Vichai Srivaddhanaprabha. Orang ramai yang masih berada di kawasan stadium terdengar satu letupan kuat berlaku.

Walaubagaimanapun, keadaan serta identiti penumpang tidak diketahui sehingga lah kelab (Leicester City) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Vichai, dua staff dan dua orang pilot mati di tempat kejadian.

Dua juruterbang terkorban

Eric Swaffer, 53, dan pasangannya Izabela Lechowicz, 46, merupakan juruterbang yang bertanggungjawab untuk membawa Vichai dan dua lagi staff untuk keluar dari Stadium King Power tidak lama selepas perlawanan tamat. Swaffer merupakan seorang juruterbang berpengalaman, pernah membawa Keluarga Diraja dan beberapa selebriti.

Swaffer juga turut diangkat sebagai ‘hero’ kerana usahanya untuk mengelakkan helikopter tersebut dari melanggar Stadium King Power serta beberapa binaan penting di kawasan berdekatan stadium.

Seorang saksi berkata;

Jika kemalangan itu berlaku di stadium atau mendarat berhampiran pintu masuk, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku.

Juruterbang mungkin menyelamatkan beratus-ratus nyawa. Ia tetap sesuatu yang tragik, tetapi ia mungkin lebih teruk, lebih buruk lagi.

Bekas peserta Miss Universe Thailand dan seorang staff mangsa nahas

Bekas peserta Miss Universe Thailand, Nusara Suknamai, 33, antara mangsa terkorban nahas helikopter Sabtu lepas.

Kaveporn Punpare, salah seorang dari pekerja Vichai turut terkorban.

Penyokong Leicester City memperingati pemergian Vichai dan mangsa-mangsa nahas

Sumber: Mirror Football

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.