berita

Selain Rebat, Diskaun & Ganjaran, Kini Grab Tawar Insuran Kemalangan PERCUMA Untuk Pemandu

February 27th, 2020 | by Epul
Shout Out!

Tidak lama sebelum ini, Grab mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM800 untuk rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemandu Grab sebelum 31 Mac 2020.

Insentif tersebut termasuk bonus pendaftaran RM500 dan subsidi RM300 bagi membantu pemandu baru dari segi kos kawal selia termasuk perubatan, latihan, peperiksaan, pemeriksaan kenderaan dan pelesenan.

Untuk pengetahuan, pemberian insentif ini adalah salah satu usaha murni Grab untuk naikkan taraf ekonomi Malaysia dan membantu pemandu meningkatkan pendapatan bulanan. Malah, sebagai pemandu Grab, banyak lagi manfaat menarik bakal korang terima selepas mendaftar antaranya…

Empat kategori yang memberikan penjimatan

Baru-baru ini, Grab memperkenalkan program manfaat pertama mereka iaitu GrabBenefits yang menawarkan ganjaran dan kelebihan buat pemandu sedia ada. Manfaat berkenaan terbahagi kepada empat kategori iaitu:-

1. Rebat petrol. Pemandu Grab dapat jimat sehingga RM35 setiap bulan sekiranya mereka pam minyak di PETRONAS atau berbelanja di Kedai Mesra. Mereka juga boleh mendapat pulangan tunai sehingga RM360 untuk 12 bulan  dengan CIMB PETRONAS Savers Account.

2. Penyelenggaraan dan aksesori kenderaan. Pemandu boleh dapat diskaun tayar sebanyak 20% dengan Point S, diskaun 50% untuk pemeriksaan kereta, pakej minyak enjin dari RM125 di Liqui Moly dan diskaun 20% untuk pembersihan bahagian dalam kereta.

3. Penjagaan kesihatan. Pemandu Grab juga boleh menikmati kadar istimewa iaitu RM40 untuk servis Qualitas GP termasuk sesi rundingan dan ubat-ubatan.

4. Gaya hidup dan percutian. Pemandu yang menempah melalui Agoda boleh dapat penjimatan sehingga 9% untuk tawaran percutian popular. Mereka juga boleh menikmati promosi eksklusif Grab x Lazada.

Dengan GrabBenefits, pemandu Grab juga boleh menikmati lebih penjimatan untuk jenama seperti PETRONAS, Liqui Moly, Shell Advance, Qualitas Medical, Lourdes Medical, Digi, Mitsui, Chubb Insurance, Kaodim, GrabFood, GrabRewards dan GrabPay.

Malah, Grab juga menyediakan pelan agihan Zakat untuk pemandu yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Selangor. Bagusnya!

Lebih ganjaran dan diskaun

Selain empat kategori GrabBenefits yang admin kongsikan tadi, pemandu Grab turut menerima ganjaran berdasarkan jumlah rides yang dapat diselesaikan, kadar pembatalan dan rating pemandu. Pemandu yang berjaya naik ke Platinum tier akan mendapat akses kepada ganjaran dan diskaun dalam aplikasi penumpang Grab mereka:

Bukan itu saja! Pemandu Grab Platinum juga boleh menikmati:

  • Diskaun percutian, servis, gaya hidup dan hiburan
  • Percuma insuran kemalangan persendirian* sehingga RM50,000 dengan GrabInsure
  • Keutamaan di pusat panggilan Grab (baru)
  • KWSP (akan datang)

*Grab menawarkan 3 bulan tempoh percubaan untuk GrabInsure untuk semua pemandu. Selepas itu, pemandu yang berjaya kekal sebagai pemandu Platinum saja boleh mendapat bayaran balik untuk setiap insuran.

Sentiasa beri yang terbaik

Menurut Country Head Grab Malaysia, Sean Goh, Grab berjanji untuk memberikan manfaat terbaik buat komuniti pemandu-pemandunya.

“Kami benar-benar percaya bahawa jika kami menjaga komuniti pemandu Grab sedia ada, mereka akan menjaga penumpang. Mereka bukan saja pemandu dan rakan kongsi, mereka juga duta serta sebab kenapa wujudnya Grab.

Kami juga berharap untuk memastikan kejujuran dan kerja keras pemandu dibalas dengan setimpal serta mampu memberikan hidup yang lebih berkualiti untuk keluarga mereka”

Menarik kan manfaat yang Grab tawarkan untuk pemandu mereka? Tunggu apa lagi? Klik SINI untuk mendaftar jadi pemandu Grab untuk dapatkan bonus pendaftaran sebanyak RM500 buat pemandu baru yang mendaftar sebelum 31 Mac 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai GrabBenefits, layari laman web Grab.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×