berita

Selalu Bagi Bunga, Rupanya Ruhainies ‘Taste’ Safawi Rasid

July 16th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Pelakon jelita Ruhainies mendedahkan bahawa kini dia sedang dalam fasa berkenalan dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. Pada mulanya Ruhainies tidak berani untuk berkawan, akhirnya dia terbuka hati untuk berkenalan selepas melihat usaha serta kesungguhan ditunjukkan oleh pemain sayap antarabangsa itu.

‘Sudah lama dia cuba nak berkawan..’

Semuanya bermula apabila penyerang JDT itu menulis komen di video ‘live’ Ruhainies di laman Instagram pelakon itu. Menguatkan lagi mengenai gosip ini ialah apabila Safawi turut dilihat memuat naik foto bersama rakan beserta hashtag #Budapest yang mana ketika itu Ruhainies juga berada di sana atas dasar kerja.

Sebenarnya, sudah lama dia cuba nak berkawan dengan saya. Cuma, baru beberapa bulan lepas saya berani untuk berkawan. Itu pun selepas saya melihat kesungguhan ditunjukkan.

Saya pula jenis susah nak berkawan dan berjumpa seseorang. Apabila dia berusaha hingga sanggup menghubungi pembantu peribadi saya, baru saya yakin. Bagi saya, dia ikhlas dan tidak main-main. Jadi, tidak salah untuk kami berkawan.

Namun, jangan salah sangka kerana buat masa sekarang perhubungan ini tidak lebih daripada seorang kawan. Saya belum terfikir lagi nak ke tahap bercinta atau ke fasa seterusnya.

Sering bagi bunga ros

Bila ditanya mengenai desas-desus kononnya dia sering menerima bunga ros daripada Safawi, Ruhainies tidak menafikan perkara itu.

Betul, sebelum kami berjumpa dia kerap memberikan jambangan bunga ros melalui pembantu peribadi saya. Itu juga antara yang meyakinkan saya dia bersungguh untuk berkawan.

Walaupun berkawan, saya masih boleh kira berapa kali kami berjumpa. Kalau kebetulan dia ada perlawanan di Kuala Lumpur, dia curi masa sekejap.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.

Most Read Today