berita

Selalu Berlakon Watak Serius, Nam Ron Sahut Cabaran ‘Catwalk’ Di KLFW2021 – ‘Another Level Tok Ayah!’

November 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon, Nam Ron dilihat muncul dan menyahut cabaran untuk catwalk di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2021). Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan mencuri perhatian ramai apabila menjadi orang yang pertama membuka pentas pertunjukan fesyen Neonate dengan memperagakan sebuah koleksi yang diinspirasikan daripada zaman kegelapan pandemik Covid-19 dan isu kesihatan mental.

Mudah-mudahan tak tergolek atas pentas

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Nam Ron di Instagram, pelakon filem ‘Paloh’ ini meluahkan rasa gementar sebelum melakukan catwalk di hadapan ramai orang. Pada masa yang sama, dia berasa takut sekiranya perkara tidak diingini seperti jatuh tergolek berlaku pada waktu itu. Namun begitu, perasaan gementar tersebut berubah menjadi okay sebaik sahaja dirinya sudah mula melakukan catwalk. Ujar Nam Ron, KLFW 2021 merupakan pengalaman yang baharu buat dirinya.

Janji jangan gelak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TA Nam Ron (@_nam_ron_)

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen memberi komen yang positif buat Nam Ron. Bahkan, mereka turut berharap dapat melihat Nam Ron lagi di KLFW yang bakal mendatang.

Sumber: Nam Ron

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×