berita

Selalu Dirotan & Didenda Di Sekolah, ‘Balasan’ Murid Kepada Bekas Gurunya Ini… Terharu!

September 26th, 2018 | by faris
Kini Trending

Selain ibu bapa dan kaum keluarga, kita juga dituntut untuk menghormati guru yang telah banyak mendidik kita menjadi insan berguna. Jasa dan pengorbanan mereka wajib dikenang dan diingati sampai bila-bila.

Seorang murid mempunyai cara tersendiri membalas jasa guru yang mengajarnya di sekolah rendah.

Bawa rotan ke mana-mana

Murid berkenaan yang kini bergelar graduan perubatan, Jerome Chin  telah mendermakan sebahagian hatinya kepada bekas guru itu. Dia secara berseloroh mengakui pernah membenci wanita itu.

Pemuda 25 tahun itu berkata, gurunya Leong Fong Peng kerap mendisiplinkan dirinya dan mengakui sendiri dirinya bukan murid terbaik untuk guru itu.

Dia bawa rotan ke mana-mana saja dia pergi dan menggunakannya untuk mendisiplinkan saya ketika itu belajar di SJKC Kong Min, Kuantan.

Saya benci cikgu yang mendenda saya tapi selepas saya habis sekolah, saya mulai menghargai sesiapa yang memberi perhatian kepada saya.

‘Saya hanya buat apa yang patut’

Jerome mengetahui mengenai keadaan kesihatan bekas gurunya itu pada Julai lalu melalui anak wanita itu, Krystal Teh yang juga kawan baik kepadanya. Ketika itu 8 sukarelawan menawarkan hati mereka untuk didermakan namun tiada yang sesuai untuk didermakan.

Bapa kepada Jerome pada mulanya ragu-ragu namun mula yakin Jerome menggunakan pengetahuannya dalam bidang perubatan untuk menerangkan keadaan sebenar secara terperinci.

Saya katakan padanya saya belajar perubatan, jadi saya tahu apa yang saya buat dan semuanya akan ok. Saya rasa berada dalam bidang ni banyak menolong saya meyakinkan bapa saya.

Walaupun telah mendermakan 67 peratus hatinya, namun dia menafikan dia seorang hero kepada wanita itu.

Saya hanya orang yang tepat berada di tempat yang betul dan masa yang tepat. Saya hanya buat apa yang patut saya buat.

Sumber: The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×