
Penyanyi Najwa Latif menzahirkan rasa syukur buat suaminya, Akwa Arifin yang banyak membantu dan sentiasa memudahkan urusannya sebagai seorang isteri serta ibu.
Artikel Berkaitan: Tanggal 11.11, Najwa Latif Timang Anak Pertama Pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sedihnya Lagu Penulisan Najwa Latif, Terasa Kehilangan Dia Tu’
Suami banyak mudahkan urusan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 31, berkata, Akwa sentiasa menghargai setiap perkara yang dilakukannya sebagai seorang ibu.
Selain itu, pelantun lagu Cinta Muka Buku itu turut bersyukur apabila memiliki suami yang sering meyakinkan dirinya masih cantik sehingga kata negatif daripada orang luar tidak lagi memberi kesan.
Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memudahkan segala urusan saya. Tak pernah sekali pun buat saya rasa bersalah.
Sentiasa ucap terima kasih setiap kali saya buat sesuatu, termasuk ketika menyusukan Medina. Sentiasa bantu uruskan Medina dan banyak membantu dalam hal rumah.
Akwa juga selalu ingatkan saya yang saya cantik. Jadi sekarang, bila ada orang kata saya tak cantik, saya dah tak terasa. Sebab yang penting, suami saya tetap nampak saya cantik.
Dalam pada itu, Najwa menyifatkan suaminya sebagai seorang yang serba boleh terutama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada puteri sulung mereka, Medina.
Dia lah jururawat, dia lah pencuci rumah, dia lah yang sanggup belajar tentang dunia pam susu, tukang urut, pendengar dan tempat saya meluahkan segala-galanya.
Akwa selalu cakap dulu dia takut untuk bergelar seorang ayah. Tapi lihatlah sekarang, dia ternyata sangat baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dengan izin Allah, Alhamdulillah.
Sekadar info, Najwa sah bergelar isteri kepada suaminya yang juga penyanyi, Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 11 November 2025 yang juga merupakan ulang tahun perkahwinan yang ketiga.
Sumber: Instagram @njwalatif








