berita

Selalu Kena Tegur Kulit Wajah Kusam & Tak Bermaya? Ingat Kulit Wajah Ialah Aset Paling Berharga!

April 6th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Stress kan bila ada orang tegur cakap kenapa kulit nampak kusam dan tidak bermaya? Padahal dah try macam-macam produk tapi masih sama je.

Bukan nak cakap apa lah, kulit kusam ni merupakan salah satu masalah kulit yang sering dialami selain jeragat, jerawat dan tona tidak sekata.

Tak ada siapa-siapa ke yang nak share tips untuk dapatkan kulit wajah yang flawless dan sentiasa kelihatan glowing?

Haaa….Korang memang sangat bertuah sebab min nak kongsikan beberapa tips yang min sendiri amalkan untuk dapatkan kulit yang lebih wow! Nak tahu apa?

Pilih skincare yang BETUL!

Min percaya korang mesti jealous kalau nampak seseorang itu memiliki kulit wajah yang flawless dan glowing tanpa sebarang cacat cela kan? Perfect  skin condition orang cakap!

Setiap orang pastinya mengimpikan kulit yang bersih, lembut, glowing lagi-lagi para wanita diluar sana. Kalau boleh nak orang cakap yang kita ni tak solek pun tetap cantik.

Apa yang korang kena lakukan ialah pilih produk skincare yang betul dan fokus pada bahan yang digunakan. Setiap bahan yang digunakan memainkan peranan yang penting untuk merawat masalah kulit tau.

Tak tahu macam mana? Ni antara tips yang min sarankan untuk korang :

1. Jaga Kelembapan Kulit

Menjaga kelembapan kulit adalah sangat penting dan caranya juga cukup mudah dengan hanya menggunakan pelembap dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Korang tahu tak yang kalau kulit korang kering ia boleh menyebabkan kulit nampak kusam selain mempercepatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.

2. Make Sure Muka Sentiasa Bersih

Tak kisah lah kulit wajah korang flawless macam mana sekali pun tapi penting untuk korang sentiasa cuci muka dua kali sehari bagi membuang segala kekotoran yang ada seperti sel kulit mati dan juga minyak dari permukaan kulit.

Basuh, bilas dan jangan lupa keringkan muka korang dengan tuala yang bersih. Semudah ABC!

3. Jangan Selalu Sentuh Muka

Min nak tanya dalam sehari berapa kali korang cuci tangan?

Haaa…Korang pun tak tahu sama ada tangan korang kotor atau bersih kan sebab kadang-kadang kita pegang itu ini tanpa disedari.

So, better jauhkan tangan korang daripada menyentuh kulit muka tau. Yang paling penting, jangan gatal-gatal nak picit jerawat lagi-lagi menggunakan tangan tau. Big NO!

4. Sentiasa Pakai Sunblock

Pemakaian sunblock juga jangan dipandang remeh. Dengan UVA dan UVB dari matahari serta terdedah kepada gadget yang sangat banyak boleh menyebabkan breakout. Macam tak percaya kan?

Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat tak kira lelaki atau wanita ianya sangat penting untuk sentiasa memakai sunblock. Sunblock ni memang sangat penting untuk protect kulit korang tau.

Bukan je boleh elak breakout malah menghindari dari mengalami masalah kulit berjeragat!

5. Pakai Produk Pengelupasan Kimia Yang Diluluskan

Korang pernah dengar tak tentang AHA? Mesti korang tertanya-tanya apa tu kan?

Secara ringkasannya, AHA atau Alpha Hydroxy Acid adalah satu bahan kimia untuk proses pengelupasan kulit. Bahan ini berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan licin dari biasa.

AHA ni memang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjeragat, whitehead, kulit kasar, scars & pores yang besar.

Takut nak guna bahan-bahan kimia yang kuat? Jangan risau untuk korang yang baru nak berjinak-jinak tu min rasa korang boleh try produk yang mengandungi AHA ni.

Kalau korang menggunakan AHA, ia dapat menghaluskan kulit wajah korang. AHA juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Mudah je kan tips dari min ni!

Sebenarnya tak susah pun nak cantik, janji korang tau pilih produk yang sesuai confirm korang tak akan ada masalah kulit yang serius lagi.

Mesti korang tertanya-tanya produk apa yang ada bahan AHA ni kan? Haaa…Disebabkan min baik hati jadi min kongsikan produk yang min selalu gunakan. Ingat ni rahsia antara kita je tau!

Biar betul boleh glowing dalam masa 30 saat?

Wehhh, biar betul dengan hanya 30 saat boleh terus glowing? Kalau betul mesti sekarang juga korang pergi beli kan?

Pssttt…L’Oreal Paris ada buat kejutan untuk korang yang tengah struggle dengan masalah kulit tau. Mantap!

Rangkaian produk terkenal dari Perancis L’Oreal Paris telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu, Glycolic-Bright Glowing Peeling Toner yang mampu membantu korang dapatkan kulit yang lebih cerah, licin dan flawless dari sebelumnya.

Glycolic-Bright Glowing Peeling Toner yang mampu memberikan kesan glowing dalam masa 30 saat. Ini yang kita mahukan!

Peeling toner ini juga mengandungi 5% asid glikolik yang sesuai digunakan secara harian. Makin cantik lah kulit korang lepas ni.

Lepas ni dah tak perlu ke klinik untuk membuat rawatan pengelupasan kulit lagi lepas ni sebab dengan Glycolic-Bright Glowing Peeling Toner semuanya menjadi mudah. Ia merupakan satu produk yang boleh dikatakan clinic-inspired. Hebat tak hebat? Mana nak jumpa produt yang macam ni!

tidak perlu pergi ke klinik untuk prosedur kerana produk ini diilhamkan oleh klinik

Tak sabarnya nak glowing dalam masa 30 saat!

Min sarankan korang untuk guna sekali Glycolic-Bright 1% Glycolic Acid Serum untuk kesan yang lebih maksimum.

Mesti korang tertanya-tanya apa function serum tu kan?

Untuk mereka yang tengah struggle dengan masalah noda hitam ataupun kulit kusam, kini korang jangan risau lagi sebab dengan Glycolic-Bright 1% Glycolic Acid Serum ini ia dapat membantu menghilangkan noda hitam hingga 57% dalam masa 4 minggu sahaja. Hebat kan!

Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan dari pakar dermatologis antarabangsa dan terbukti secara klinikal tau. 100% untuk digunakan!

Macam mana tertarik tak? Min memang menggunakan produk ini dan terbukti berkesan tau. Korang kena ingat yang kulit wajah ialah aset kita paling berharga.

Korang pun tahu yang rangkaian produk keluaran L’Oreal Paris ni memang antara yang terbaik dan selamat digunakan.

Mesti korang dah excited nak cuba kan? Tunggu apa lagi cepat dapatkannya sekarang di drugstore yang berhampiran. Run bestie run!

Malah nak keluar rumah? Apa susah korang boleh je dapatkan Glycolic-Bright Glowing Peeling Toner ini secara atas talian di Shopee. Klik-klik je!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi L’Oreal Paris atau laman Facebook mereka. Sentiasa jadikan L’Oreal Paris sebagai pilihan pertama ‘Because You’re Worth It’!

SKIP THIS AD ×