berita

Selalu Kongsi Foto Ikut Ebit Lew, Zul Ariffin Nafi Nak Menunjuk – ‘Minta Maaf Kalau Saya Post Pasal Agama’

September 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, pelakon Zul Ariffin sering mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew (UEL). Bagaimanapun, Zul Ariffin tampil memohon maaf sekiranya dia banyak memuat naik posting yang kaitan dengan agama di media sosial.

Tak ada niat untuk menunjuk

Menerusi akaun Twitter miliknya, aktor kacak ini menjelaskan bahawa tujuan dia berkongsi mengenai hal agama bukanlah untuk menunjuk atau mendapat pujian daripada warganet sebaliknya dia cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja.

Minta maaf tau kalau saya post kat Instagram atau Twitter pasal agama. Langsung tak ada niat nak menunjuk, raih pujian, nak perhatian, cuma share experince je.

Pemilik nama Zulkifli Ariffin juga meluahkan rasa teruja walaupun hanya mencedok nasi untuk golongan gelandangan ketika dia mengikuti misi mengagih makanan baru-baru ini bersama Ebit Lew. Perkara berkenaan membuat dirinya berasa gembira dan boleh tersenyum selama satu hari.

Walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya kat tempat tu. Cedok nasi pun boleh senyum satu hari tau.

Seronok ambil tahu mengenai hal agama

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut memaklumkan bahawa dia masih mencuba untuk menimba ilmu sebaik mungkin dan mula rasa seronok untuk mengambil tahu mengenai hal agama dengan lebih mendalam lagi.

Korang jangan pula ingat saya ni tiba-tiba nak jadi itu ini pulak ya. Saya cuma ‘trying’ sebaik mungkin untuk menimba ilmu, pengalaman. Kerisauan dan sokongan korang saya hargai. sweet korang ni.

Saya now tengah seronok nak ambil tahu lebih tapi kena kawal diri sendiri dan sekeliling sebab riak dengan ilmu ni bagi saya lebih teruk daripada kaya-raya sebab riak tu macam dalam poket kita je. Dia tak duduk jauh pun.

Di Twitter :

Sumber : zul_ariffin86

SKIP THIS AD ×