Sepasang suami isteri di Indonesia ditahan polis selepas didakwa mendera anak mereka yang berusia 7 tahun hingga maut.
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Orang Lain Rasa Baik Saya Rasa Dulu’ – Banduan Dipenjara 75 Tahun Dedah Alasan R*gol Tiga Anak
Artikel Berkaitan: Gadis 19 Tahun Rac*n Adik Ipar Sampai Mat* & Sorok M*yat Belakang Almari..Suami Nekad Lafaz Cerai Talak 3
Dera anak sampai mati
Memetik laporan Kompas, pasangan yang dikenali sebagai Syahrul Abidun,19, (bapa tiri) dan Martha Widya Ningsih, 24, (ibu kandung) dipercayai nekad bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan sikap mangsa yang sering meminta wang daripada mereka.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Pasuruan iaitu AKP Achmad Doni Meidianto, kejadian itu hanya terbongkar pada Jumaat lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian dada.
Namun keadaan semakin parah apabila Syahrul memberi minuman yang bercampur minyak kayu putih hingga mangsa batuk mengeluarkan darah. Mangsa yang dibawa ke hospital kemudian disahkan meninggal dunia.
Hasil bedah siasat mendedahkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada ginjal kanan akibat dipukul dengan objek tumpul, selain terdapat beberapa kesan luka pada tubuhnya
Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut dan difahamkan, kejadian itu bukan baru pertama kali berlaku malah mangsa dikatakan sering didera oleh kedua-dua suspek.
Mereka memukul, mencakar hingga menyumbat puntung rokok ke mulut dan badan mangsa.
Penderaan dilakukan sejak mangsa berusia 6 tahun lagi, gara-gara dia sering meminta wang sekitar 3 hingga 5 ribu Rupiah (sekitar RM0.90 sehingga RM1.50 )
Difahamkan, kedua-dua suspek kini telah ditahan polis dan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Sumber: Kompas, Tribunnews