berita

Selalu Nampak Signboard Ni Kat Lebuhraya ELITE, Tapi Ada Apa Sebenarnya Ya?

April 18th, 2024 | by Nurul
Kini Trending

Buat pengguna lebuhraya, korang mesti tak asing lagi dengan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah ataupun ELITE yang merupakan penghubung utama bagi lalu lintas arah utara dan selatan serta lebuhraya utama untuk ke KLIA.

Sekiranya korang pernah menggunakan Lebuhraya ELITE sama ada untuk perjalanan ke tempat kerja atau destinasi lain, korang pasti akan ternampak satu billboard besar dari Gamuda Cove ni. Apa maksud billboard tu eh?

Untuk pengetahuan korang, selepas ini, pengguna Lebuhraya ELITE dah ada tempat untuk bersantai, berehat, dan segarkan diri kerana terdapat banyak kedai dan restoran yang telah dan bakal dibuka di Gamuda Cove menjadikannya tempat yang sempurna untuk berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan korang.

Ini antara kedai-kedai yang kini terdapat dan bakal dibuka di Gamuda Cove:

1. Starbucks (Drive-Thru)

Kredit: Malaysia freebies

Terletak di Discovery Park, ini merupakan cawangan Starbucks pertama yang dibina menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) Gamuda Land, di mana pengunjung boleh menikmati minuman dan snek kegemaran mereka di dalam bangunan yang berkonsepkan pembangunan hijau.

Dah penat drive tu, bolehlah korang singgah sekejap atau pandu-lalu untuk membeli kopi kegemaran korang!

2. BilaBila Mart

Lokasinya yang terletak di SplashMania Waterpark, amat memudahkan pengunjung untuk mendapatkan keperluan harian mereka di sini. BilaBila Mart menawarkan seleksi rangkaian produk untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang pelbagai.

3. 7-Eleven

Siapa je yang tak kenal dengan rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia ni. Terletak di Beach Pool Club @ Discovery Park, Gamuda Cove, 7-Eleven menawarkan pelbagai barangan bermula dari keperluan harian, makanan dan minuman serta snek ringan untuk menemani perjalanan korang.

4. The RUD Cafe

Kredit: Instagram The RUD Cafe

Sebelum memulakan atau semasa dalam perjalanan, singgah dulu isi perut di The RUD Cafe yang terletak di RUD Karting Gamuda Cove yang menyajikan pelbagai menu enak daripada hidangan Barat dan citarasa tempatan Malaysia yang pasti dapat puaskan hati dan perut korang!

5. Senduk

Buat korang yang memang mempunyai citarasa dan gemarkan masakan tempatan tu, Senduk yang terletak di SplashMania Waterpark; menawarkan sajian dan hidangan tempatan kegemaran rakyat Malaysia.

6. Muiz Hot Chicken

Menyajikan ayam goreng rangup dan panas yang semestinya lazat, Muiz Hot Chicken yang terletak di The Hive @ Discovery Park ni memang port yang korang wajib singgah. Memang tak mengecewakan!

7. Kopi Kenangan (akan dibuka pada Mei 2024)

Kredit: kenangancoffee.my

Kalau korang nak tahu, Kopi Kenangan merupakan salah satu rangkaian kopi yang sangat terkenal dan berasal dari Indonesia. Berita baik untuk korang, cawangan Kopi Kenangan akan dibuka di Gamuda Cove. Yeay, bolehlah grab-and-go kopi sebelum drive tu!

8. Long John’s Silver (akan dibuka pada Julai 2024)

Kredit: ifranchisemalaysia.com

Buat penggemar fish and chips, Long John’s Silver yang dah pun beroperasi sejak 50 tahun lepas, bakal menemui korang semua pada Julai tahun ini. Wohoo!

Bukan itu sahaja, Gamuda Cove turut menawarkan pelbagai tempat dan aktiviti menarik buat korang seisi keluarga seperti:

1. SplashMania Waterpark

Kredit: gamudacove.com.my

SplashMania Waterpark menampilkan tarikan utama seperti gelongsor air yang telah memenangi anugerah yang mengujakan dan mencabar!

2. Discovery Park

Kredit: gamudacove.com.my

Taman seluas 23 ekar ini membawakan pengalaman menarik dengan zon pengembaraan dan hiburan termasuk Cove Aerobar, Goosebumps Rope Course, RUD Karting, paintball warzone dan banyak lagi.

3. Paya Indah Discovery Wetlands

Kredit: gamudacove.com.my

Selain itu, Paya Indah Discovery Wetlands pula menawarkan hab eko-pelancongan dengan pengembaraan yang tenang merentasi 1,111 ekar tanah lembap semula jadi.

Oh ya, jika korang merupakan pemilik Tesla, korang kini boleh mengecas semula kereta korang di Gamuda Cove, menjadikannya tempat perhentian yang mudah dan menyenangkan untuk korang.

Mesti korang semua dah tak sabar dan teruja kan untuk menjadikan Gamuda Cove sebagai tempat sehenti sambil santai-santai bersama keluarga? Jadi jangan lupa layari laman web Gamuda Cove untuk sebarang update terkini, ok!

SKIP THIS AD ×