Semalam, pelakon Amar Asyraf mengakui dirinya pernah menjalinkan hubungan sulit bersama seorang wanita selepas ia didedahkan sendiri ‘bekas kekasih gelap’ kepada pelakon itu. Pendedahan itu turut mendakwa Amar juga sudah mempunyai dua orang isteri ketika ini. Susulan itu, isteri pertamanya Arna Salleh kemudian menampilkan diri dan mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula dikacau pihak ketiga sejak 2015.
Selepas Arna, terbaru seorang wanita yang dipercayai merupakan isteri kedua kepada Amar turut tampil menjelaskan tentang kontroversi yang sedang hangat diperkatakan itu hari ini.
Kahwin sejak beberapa tahun lepas
Menerusi laporan mStar, wanita bernama Vivy Jeffry itu mengakui pendedahan yang dibuat seorang wanita sebelum ini adalah betul belaka.
Katanya, dirinya sudah berkahwin dengan Amar sejak beberapa tahun yang lalu lagi malah hasil daripada perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.
Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.
Dah bersedia
Ujar Vivy, perkara itu disimpan sebagai rahsia bagi menjaga nama baik aktor itu selain menyedari statusnya sebagai isteri kedua.
Tambah wanita itu, dia sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini malah turut reda dengan perjalanan hidupnya yang telah diatur oleh Allah.
Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri.
Isteri pertama tahu
Menjelaskan lebih lanjut, wanita itu turut memaklumkan bahawa perkahwinannya bersama pelakon itu turut diketahui isteri pertama Amar, keluarga dan teman rapat.
Bagaimanapun katanya, sejak berkahwin dirinya tidak pernah bertemu empat mata dengan madunya itu dan hanya berhubung melalui telefon sahaja.
Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.
Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini.
Sumber: mStar