
Penyanyi, Syada Azmah menitipkan ucapan istimewa buat ayahnya yang juga penyanyi era 80-an, ND Lala sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-65.
Artikel Berkaitan: ‘Kawan Saya Content Creator Baik Sangat, Tapi Mengutuk Di Belakang’ – Syada Amzah
‘Selamat hari lahir, abah’

Menerusi hantaran di Instagram, Syada memberitahu dirinya semakin matang menerima takdir ilahi yang telah tertulis buat keluarganya.
Selamat hari lahir, abah. Saya sudah belajar menerima bahawa ada perkara dalam hidup yang tidak akan kembali seperti dahulu dan itu tidak mengapa (maaf kerana saya mengambil masa yang agak lama untuk memahaminya).
Namun, apa yang lebih penting bagi saya sekarang adalah mencari ketenangan dengan keadaan kita hari ini dan menghargai masa yang masih kita miliki.
Dalam hantaran sama, Syada turut berharap hubungan mereka akan terus terjalin dengan baik meskipun melalui pelbagai fasa kehidupan.
Selagi kita masih ada, saya berharap kita dapat terus menjaga hubungan ini dengan penuh kelembutan, saling menghormati dan menghargai setiap momen baik yang mampu kita kongsi bersama.
Saya doakan Abah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, hari-hari yang tenang, serta tahun yang lebih ringan dan membahagiakan buat abah.
Adik kepada Shila Amzah itu turut memuat naik beberapa keping gambar yang merakam momen bersama bapanya.
Untuk rekod, ND Lala pernah mendirikan rumah tangga dengan Fauziah Sarman pada tahun 1989, namun berpisah selepas 34 tahun bersama.
Fauziah atau lebih dikenali sebagai Mama Zie kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Zainal, pada 22 November tahun lalu.
Sumber: Instagram








