berita

Selamat Lahir Anak Kedua, Mia Ahmad & Izham Kongsi Kegembiraan

June 19th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Di Instagram, pelakon Mia Ahmad dan suami Mohd Izham Tarmizi yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) kongsi khabar gembira menimang cahaya mata kedua. Mia Ahmad selamat melahirkan anak keduanya pada petang semalam. Walau bagaimanapun, mereka masih belum mendedahkan jantina anak keduanya.

Selamat lahir anak kedua

Semalam, menerusi satu status di Instagram Story, Mia turut berkongsi perkembangan dirinya yang sedang berada di sebuah pusat perubatan bagi menyambut kelahiran cahaya matanya. Terdahulu, Mia mengakui dirinya hamil anak kedua selepas netizen mula membuat spekulasi apabila dia mula menggunakan hashtag #BabyMoonInBaliAgain.

Terdahulu Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Tahniah

Sumber : Gempak

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×