berita

‘Selamat Pulang Ke Penciptamu, Nyawaku..’ – Faradhiya Reda Pemergian Ayah

January 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Saat kehilangan orang tersayang adalah detik yang paling sukar untuk ditelan oleh sesiapa pun. Namun, sebagai hamba-Nya, kita perlu reda dengan hakikat kematian yang akan dirasakan semua daripada kita.

Penyanyi Faradhiya baru kehilangan bapanya, Mohd Amin Zubir yang dipanggil ‘dada’ yang menghembuskan nafas terakhir jam 11.55 pagi Khamis akibat sekatan pulmonari kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok.

‘Dadalah segalanya dalam hidup Farah’

Faradhiya dalam posnya bersyukur kerana arwah ayahnya itu dipermudahkan Pencipta. Dia mengaku reda dengan ketentuan itu walaupun masih tidak puas menjaga insan penting dalam dirinya.

Selamat pulang ke penciptamu nyawaku, Mohamed Amin binti Raja Maimunah. Alhamdulillah senang Dada pergi untuk menghadap pencipta Dada pagi tadi (semalam), thank you Allah swt kerana permudahkan segalanya untuk kesayanganku dunia akhiratku. Farah redha Dada, Farah redha walaupun Farah tak puas lagi jaga Dada. Tapi Allah lebih sayangkan Dada.

Dada Sayang, it’s 5 am now, I still can’t sleep, I’m already missing you so so much. It hurts so bad. Farah masih tak boleh bayangkan hidup Farah lepas ni tanpa Dada. Dada lah nyawa Farah, Dadalah segalanya dalam hidup Farah Da, I’m lost without u, my heart is broken into pieces.

Hari paling ditakuti jadi kenyataan

Selebriti yang kian lama menyepi dari dunia hiburan ini juga turut mengenang kenangan bersama bapanya itu sepanjang berada di bawah jagaannya.

Dah takde nak tanya Dada nak makan apa hari ni? Nak masak sedap-sedap untuk Dada, nak tanya Dada Dada dah makan ubat ke? Dah takde Dada message Farah tanya habis kerja pukul berapa, adik lambat lagi ke? Sampai sanggup tunggu sehingga Farah sampai rumah just to make sure I get home safe, dah takde lagi semua tu Da.

Hari yang Farah paling takut dalam hidup jadi kenyataan, Dada pergi tinggalkan Farah tanpa sebarang pesan terakhir tapi Farah redha Da, tenanglah Dada disana seperti mana tenangnya muka Dada tadi, Alhamdulillah banyak kali Farah dapat cium dan peluk Dada, Dada paling wangi hari ni Da. Dada rehat ya, tak sabar Farah nak jumpa Dada lagi, Insyaallah Farah jugak akan menyusul, I cant wait to see you again in syurga insyaallah.

Tak henti berdoa

I will never stop praying for you Da.Ramai kawan2 Dada dan kawan2 Farah datang ziarah dada tadi, all your friends always have good things to say about you sampailah hujung nyawa Dada, Alhamdulillah, Orang yang baik ramai sayang. Rehatlah puas puas kesayanganku, Dada tunggu Farah tau.

Sumber: Faradhiya, Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×