berita

Selamatkah Ubat Titis Mata Anda? Ini Penjelasan Doktor Yang Perlu Anda Ambil Tahu

March 5th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Ramai orang menggunakan ubat titis untuk melegakan sakit mata atau mata kering. Namun tahukah anda, penggunaan ubat titis ini berpotensi menyebabkan kebutaan? Penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh memberi kesan sampingan yang memudaratkan.

Seperti perkongsian dari Dr Lael Salim, beliau menasihati umum untuk tidak sesuka hati menggunakan ubat titis ke radang mata. Pastikan anda mendapat nasihat doktor untuk mengelakkan berlakunya ‘buta’ kesan daripada penggunaan cecair itu.

Selamatkah ubat titis mata?

Ubat titis mata yang ada dijual di pasaran atau farmasi terdapat pelbagai jenis. Namun, menjadi persoalan terhadap penggunaan ubat tersebut dan risikonya terhadap mata anda.

Risiko jangkitan kuman jika…

Anda dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput terlebih dahulu sebelum menitiskan ubat tersebut ke mata anda. Produk cecair mata ini hanya bertahan selama sebulan hingga tiga bulan selepas dibuka. Tetapi jika melebih tempoh yang ditetapkan, anda dilarang sekali menggunakannya kerana berkemungkinan dijangkiti kuman.

Ada jenis yang megandungi steroid

Buat pengetahuan anda, ubat titis mata juga boleh menyebabkan kebutaan. Hal ini kerana ada sesetengah produk cecair mata mengandungi steroid. Kandungan steroid berkesan merawat banyak penyakit mata.

Terdapat kesan sampingan

Kandungan ubat cecair mata juga ada dicampur dengan kombinasi steroid dan antibiotik. Kombinasi ini adalah tidak selamat digunakan jika anda tidak mendapat pengawasan dari doktor mata. Terdapat juga kesan sampingan jika menggunakannya termasuk tekanan mata meningkat, pembentukan katarak dan jangkitan kuman.

Kornea menjadi kudis

Penggunaan ubat titis mata yang mengandungi steroid ini akan menyebabkan mata merah dan gatal. Dr Lael Salim juga berkongsi menemui beberapa pesakit yang mengalami sakit mata biasa atau lebih dikenali conjunctivitis. Penggunaan cecair mata yang mengalami steroid ini ke atas conjunctivitis akan menyebabkan kornea menjadu kudis dan bernanah.

Mitos merawat rabun, katarak

Anda juga dinasihatkan untuk tidak mempercayai mitos keberkesanan ubat titis mata merawat pelbagai penyakit termasuk rabun, katarak dan glaukoma. Jika anda mengalami sakit mata, dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor pakar.

Sumber: Dr Lael Salim

SKIP THIS AD ×