berita

Selamatkan Ibu Daripada Diserang Penjenayah, Remaja 15 Tahun Maut Ditikam

June 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Metro UK 

Demi menyelamatkan ibu tersayang daripada serangan seorang lelaki yang ketika itu menggunakan pisau di kediaman mereka, remaja lelaki di Britain dilaporkan maut.

Sanggup berkorban

Foto: Metro UK 

Memetik laporan media, mangsa, Jakub Szymansk, 15, dianggap sebagai sebagai wira berikutan sanggup mengorbankan nyawanya bagi menyelamatkan keluarganya berikutan serangan yang berlaku di Manchester.

Difahamkan, mangsa sempat dirawat di lokasi kejadian berikutan kesan tikaman pada jam 9.30 malam sebelum dibawa ke hospital.

Namun dia disahkan meninggal dunia manakala ibunya, Katarzyne Bastek, mengalami cedera parah dalam serangan tersebut dan kini dilaporkan dalam keadaan yang stabil di hospital. Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan suspek lelaki berusia 44 tahun kira-kira 402.3 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Remaja berkenaan adalah wira. Semua orang di sini mengenalinya kerana dia seorang yang baik dan menghormati orang. Dia seorang pendiam, namun merupakan pelindung.

Dia berjuang untuk keluarganya. Dia seorang yang mengagumkan, wira dan harus diingati.

Komuniti setempat turut bersedih

Foto: Metro UK 

Ujar Ketua Detektif, Inspektor Alicia Smith serangan yang berlaku secara tidak langsung menyebabkan komuniti setempat berasa sedih berikutan ia melibatkan sebuah keluarga.

Siasatan masih dijalankan dan kami menerima maklumat daripada sesiapa sahaja yang mungkin ada menyaksikan sebarang kejadian.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×