berita

Selamba Campak Beg ‘Tersalah Ambil’ Tepi Jalan, Wanita Ini Kesal Didikan Ibu Bapa Zaman Sekarang

January 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sesi persekolahan sesi 2020 sudah masuk minggu kedua, pasti setiap murid sudah selesa dengan persekitaran mahupun bersama-sama rakan sekelas. Namun, pelbagai ragam pasti jua berlaku di setiap sekolah di mana murid-murid terambil barang kawan, tertinggal buku mahupun beg dan lupa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Menerusi Facebook Liana Abdul Rahman, wanita ini meluahkan rasa kesal apabila buku sekolah anaknya basah terkena air hujan. Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila salah seorang rakan anaknya tersilap mengambil beg tersebut.

Spesies manusia tak bertanggungjawab

Lain kali kalau anak dah tersalah ambil beg orang lain. Simpan dulu,esoknya hantar dekat pondok pengawal atau pejabat guru ke. Budak dìqàah betul la, biasala tersilap ambil ke apa.Ni ko jadi mak bapa boleh campak-campak beg anak orang macam tu saja.Tetapi salah ko, tak guide anak tu nak letak semula kat mana. Jenis mak bapa Lem..U. Masih ada spesies manusia macam ni, tahap kebertanggungjawaban yang sangat rendah.

Menurut Liana, dia berasa kesal apabila ibu bapa murid yang mengambil beg anaknya tidak bertanggungjawab membiarkan beg tersebut kena hujan. Sepatutnya, mereka perlu menghantar semula ke pondok pengawal bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

Tambahnya, dia tidak salahkan pelajar itu sepenuhnya. Ini kerana, sebagai budak tersalah mengambil barang merupakan perkara yang biasa dan hampir setiap murid pernah melakukan perkara tersebut. Namun, didikan yang diberikan ibu bapa semasa hendak memulangkan atau meletakkan semula barang yang diambil amatlah penting.

Bodoh betul!

 

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan yang dilakukan pelajar tersebut dan didikan yang diberikan oleh ibu bapanya sangatlah tidak bertamadun. Netizen turut meluahkan perasaan simpati sebaik sahaja melihat beg dan buku-buku yang basah itu.

Sumber: Liana Abdul Rahman

SKIP THIS AD ×