berita

Selamba Hisap Rokok Dalam Studio Latihan, Haechan NCT Kena Saman

January 14th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Anggota kumpulan NCT iaitu Haechan menjadi bualan hangat di media sosial susulan tularnya video memaparkan dirinya menghisap rokok elektronik dipercayai dalam sebuah studio latihan.

Haechan buat permohonan maaf

Susulan daripada itu, Haechan menerima kritikan hebat daripada netizen yang menyifatkan tindakan itu tidak sepatutunya berlaku kerana ianya boleh memberi impak negatif kepada peminat lebih-lebih Haechan yang membawa nama sebagai artis terkenal.

Tidak terhenti di situ, mereka juga mempersoalkan Haechan yang seakan tidak peka terhadap undang-undang di Korea Selatan yang melarang menghisap sebarang jenis rokok di dalam bangunan tertutup. Haechan yang juga mengakui kesilapan dilakukan telah membuat permohonan maaf.

Difahamkan, syarikat pengurusan NCT iaitu SM Entertainment menjelaskan sudah menegur tindakan Haechan dan penyanyi berusia 24 tahun itu juga telah menerima saman dan denda daripada pihak berkuasa susulan kesalahan tersebut.

Sumber: Koreaboo

SKIP THIS AD ×