berita

Selamba Telan Sotong & Udang Hidup, Masya Masyitah Dilabel Pengotor

January 30th, 2023 | by Aina Sarah
Kini Trending

Beberapa perkongsian semasa percutian penyanyi, Masya Masyitah di Bangkok, Thailand, yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Pakai Skirt Pendek & Legging Putih, Netizen ‘Garu Kepala’ Tengok Fesyen Makin Pelik

Makan hidupan laut secara mentah

Ini kerana, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah bertindak menelan sotong dan udang yang masih hidup dengan penuh selera ketika berada di sebuah pasar malam di negara tersebut.

Manakala di bahagian kapsyen hantaran itu, Masya mengatakan dirinya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk menikmati haiwan laut itu secara hidup-hidup.

Nampak mustahil sampailah ianya selesai.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan Masya tidak kekok untuk menghabiskan sotong hidup itu sebaik saja ianya dihidangkan oleh peniaga di pasar berkenaan.

‘Awak ni mengelirukan orang Islam lain’

Bagaimanapun, aksi berani Masya itu telah mendapat kecaman netizen kerana rata-rata mengatakan penyanyi berusia 23 tahun kurang peka dengan hukum agama.

Malah, mereka turut risau sekiranya tindakannya itu menjadi ikutan orang lain terutamanya yang beragama Islam.

Tindakan awak mengelirukan umat Islam yang lain. Orang mula bertanya “eh boleh eh makan sotong macam itu?” Astaghfirullah.. Bertaubat lah sis.

Tidak hanya dengan itu, ada segelintir warganet yang menyelar perbuatan Masya dengan melabelkan dirinya sebagai seorang yang pengotor kerana makan haiwan yang tidak dicuci terlebih dahulu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×