berita

Selebriti Berstatus Janda Jalin Hubungan Dengan Suami Orang?

August 25th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sekadar gambar hiasan

Seorang selebriti wanita didakwa bercerai dengan bekas suami disebabkan kantoi curang dengan lelaki berstatus suami orang.

Jalin hubungan masa penggambaran

   Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Gempak, kononnya punca penceraian kerana tiada persefahaman itu sekadar ingin menutup cerita sebenar.

Selebriti yang sudah mempunyai seorang anak perempuan itu mula menjalinkan hubungan terlarang dengan suami orang ketika menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Dakwa sumber, sejak mereka bercinta, rumah tangga lelaki itu makin bermasalah.

Difahamkan, lelaki itu sudah lama berkahwin dengan isterinya namun baru beberapa tahun lalu dikurniakan zuriat.

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×