berita

Selebriti Gayakan Busana Ariff Shukor Dan Barangan Rafflesia

July 17th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis Prebiu Koleksi Raya di Rafflesia Pearl Centre yang diadakan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Menerusi majlis ini, seramai enam selebriti wanita telah dipilih bagi menggayakan busana Aidilfitri daripada rekaan pereka terkenal Ariff Shukor berserta barangan kemas Rafflesia White South Sea Pearls.

Enam selebriti yang bertuah adalah Anzalna, Faralyna Idris, Zarina Anjoulie Lavocah, Elfira Loy, Lana Nordin dan juga Reen Rahim (Juara Pilih Kasih 3). Kesemua selebriti ini telah memperagakan busana rona senada iaitu biru turquoise, tetapi dengan rekaan yang berlainan.

Menurut Ariff Shukor, rekaannya pada kali ini lebih menonjolkan ciri-ciri yang ringkas dan praktikal buat si gadis melayu. Di mana, beliau tidak menggunakan eleman lace dan tidak begitu sarat dengan labuci agar busananya nampak lebih ringkas tetapi tetap menarik dan mempesonakan. Disamping itu, Ariff Shukor turut mengetengahkan ciri-ciri klasik dan moden dalam rekaannya.

Ariff turut menyatakan bahawa, rekaannya pada kali ini merupakan rekaan eksklusif dan sangat sesuai dipadankan dengan barangan kemas mewah, Rafflesia White South Sea Pearls. Inspirasi rekaan Ariff pada kali ini adalah melalui penerapan citarasa pemakai Rafflesia yang sememangnya ingin kelihatan elegan dan mewah sepanjang masa. Sebagai contoh, busana kaftan bersama hoot yang digayakan oleh Zarina Anjoulie.

Busana rekaan Ariff telah mula dipasarkan secara online menerusi akaun Facebooknya  Ariff Shukor.

Sumber : Murai

SKIP THIS AD ×