Viral tempoh hari ada ibu dan ayah bertukar jadi singa di rumah sebab mahu anak mereka fokus belajar. Bila dah berada di rumah ni memang lain sikit suasananya maka tak hairanlah kadang-kadang tu ada pelajar yang memang liat nak join kelas dalam talian dan sesi PdPR.
Namun, dengan adanya DidikTV semuanya jadi lebih mudah. Banyak ibu bapa memberikan respon yang positif dan memberangsangkan mengenai program ini. Jadi, tak hairanlah kalau selebriti-selebriti ini memberi respon positif dan support DidikTV.
Sahabat kepada murid untuk mengulangkaji – Ahmad Fedtri Yahya
Bukan mudah menjadi ayah kepada dua orang cahaya mata, namun saudara Ahmad Fedtri Yahya yang juga pengacara dan penerbit program TV terkenal sempat berkongsi pandangan dan pengalaman anak beliau menjalani sesi P&P bersama DidikTV dengan pihak kami.
Menurut beliau, DidikTV menampilkan program yang amat bermanfaat sebagai sahabat kepada murid untuk mengulangkaji dan mendapat gambaran terhadap subjek yang dipelajari.
“Anak -anak saya pada mulanya menyangka ia saluran Youtube tetapi rupanya siaran TV. Mereka memiliki jadual dan dapat melihat waktu mana disiarkan subjek yang berkaitan dengan mereka. Jika bertemu di kelas nanti, mereka ada modal untuk bercerita dengan rakan sekelas.” katanya.
Tambah beliau, pandangan dan maklum balas pihak yang berkaitan seperti ibu bapa, guru, aktivis pendidikan, media, pemerhati dan orang awam perlu diambil agar kualiti program DidikTV dapat dipertingkatkan, kepelbagaian dapat dicipta dan memberi impak positif kepada pendidikan negara. Suatu anjakan dalam proses memantapkan PdPR di negara kita.
Bagus sebagai salah satu rujukan pelajar – Maria Tunku Sabri
Selain Ahmad Fedtri Yahya, selebriti TV terkenal, Maria Tunku Sabri turut menyokong penuh usaha yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Katanya,”TV pendidikan ini bagus untuk guide dan bantu pelajar yang memerlukan rujukan tambahan. Lagi pula, ianya free TV program dan available untuk semua pelajar di seluruh Malaysia. Every level of sosial economy student dapat rasa nikmat belajar melalui TV.”
Ternyata usaha murni yang diambil oleh pihak kerajaan ini disambut baik oleh pelbagai pihak. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan pelbagai penambah baikan boleh dilakukan lagi di masa hadapan dalam memastikan DidikTV menjadi saluran TV pendidikan nombor 1 di Malaysia.
Bagi korang yang belum pernah menyaksikan DidikTV, korang boleh klik je link ni> https://youtube.com/c/ntv7MALAYSIAOfficial