berita

Gelagat Selebriti Tonton Separuh Akhir Pertama AFF Suzuki 2014

December 8th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

selebriti malaysia dan bola-2

Relax ya wahai abang-abang dan kakak-kakak yang marah dan berangin satu badan apabila pasukan Malaysia kalah 1-2  di tangan Vietnam semasa perlawanan separuh akhir pertama AFF Suzuki semalam.

Jadi, untuk meredakan gelodak rasa amarah anda semua, kami nak kongsikan beberapa video dan foto selebriti Malaysia yang turut turun stadium bagi menyaksikan perlawanan semalam.

Mesti anda nak tahu siapakah gerangan selebriti bersemangat Harimau Malaya tersebut kan?

selebriti malaysia dan bola-4

Walaupun sibuk dengan kariernya sebagai penyanyi, ayah kepada seorang anak ( seorang lagi on the way) ni masih lagi gagah bersorak bersama Ultras Malaya.

Malah, Tomok juga ada berkongsi video dia dan team Ultras Malaya sedang berlatih sorak sebelum perlawanan dimulakan. Cayalah!

selebriti malaysia dan bola-5

Ha.. Siapa cakap perempuan tak tengok bola? Tak kisahlah sama ada mereka faham atau tidak seratus peratus tentang bola sepak, yang penting sokongan sebagai pemain ke-12 itu tetap jitu di jiwa mereka.

Buktinya, Uqasha Senrose dan  Nelydia Senrose Stadium Shah Alam semalam. Siap ada bendera comel lagi kat pipi. Eh, Qi Razali pun ada rupanya.

selebriti malaysia dan bola-1

Selain itu, ada juga beberapa selebriti yang tak berkesempatan untuk tengok live. Tapi, mereka tonton pula perlawanan tersebut di rumah. Contohnya macam Hairul Azreen ni.

Screen Shot 2014-12-08 at 12.07.44 AM

Rasanya ramai lagi selebriti yang follow perkembangan bola sepak Malaysia ni. Tapi, cuma mereka tak upload di Instagram je kot. Apapun, good luck Harimau Malaya untuk perlawanan di Hanoi nanti.

Go Malaysia ????

A video posted by @uqashasenrose2 on

Menang persembahan terbaik.

A video posted by Sara Ali (@sararitory) on

#harimaumalaya #ultrasmalaya @ultranisme

A video posted by jimmyshanley (@jimmyshanley) on

Kredit foto: Instagram Tomok, Nelydia, Uqasha, Sara Ali, Jimmy Shanley

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×