Ramai kurang bersetuju
Sementara itu, di laman Twitter menyaksikan rata-rata netizen kurang bersetuju dengan kenyataan yang dicadangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia ini. Malah, ada segelintir mempersoalkan mengenai rakaman video seperti di aplikasi TikTok dan Instagram yang perlu mendapatkan lesen kebenaran daripada Finas?
Video wedding perlu mohon lesen?
Mereka juga menganggap pembikinan video di media sosial adalah hak kebebasan masing-masing tanpa perlu terikat dengan permohonan lesen penggambaran. Segelintir mereka juga meluahkan rasa sedih apabila kerja penggambaran seperti perkahwinan juga dikatakan perlu memohon lesen daripada FINAS.
Respon dari Hannah Yeoh
Bekas Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga iaitu Hannah Yeoh turut memberi respon terhadap perkara ini. Dia bermohon agar Datuk Saifuddin Abdullah memantau semula kenyataannya itu berhubung situasi Covid-19 yang melanda negara. Medium media melalui video menjadi salah satu keperluan online buat segenap masyarakat.
Sumber: Malaysia Kini, BH Online