![]()
Jumlah mangsa banjir di empat negeri terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus meningkat dengan jumlah keseluruhan hampir mencecah 100,000 orang setakat ini. Penduduk di Perlis dan Kedah pula diminta supaya berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan banjir.
Banjir teruk yang melanda beberapa buah negeri ini mengundang resah orang ramai yang simpati dengan nasib menimpa mangsa banjir. Hal ini turut mendapat perhatian beberapa orang artis tanah air melalui foto yang dimuatnaik di laman Instagram mereka.
Doa Fazura Daripada Thailand
Juri Maharaja Lawak Mega 2014, Nur Fazura yang kini berada di Thailand turut berkesempatan untuk meluahkan rasa simpati dan mendoakan mangsa banjir.
Lisa Surihani Seru Bantuan
It is by far one of the worse flood that has hit #eastcoast of our peninsular. There are many channels that you go to in order to help contribute in their recovery period through different forms of donations and this is one of them. You can either be a volunteer or you can help donate. However small is relative but it does go a long way. Let’s do whatever we can to help. No amount is too small. #prayforeastcoast #prayforkelantan #mercymalaysia www.mercy.org.my A photo posted by Lisa Surihani Mohamed ???? (@iamlisasurihani) on Dec 12, 2014 at 10:51pm PST
Lisa Surihani melalui laman Instagramnya menyeru orang ramai untuk turut sama memberikan bantuan terhadap mangsa banjir terutamanya mereka yang berada di Pantai Timur semenanjung.
Jep Sepahtu
Walaupun sibuk dengan persiapan Maharaja Lawak 2014 malam ini, Jep Sepahtu sempat mengingatkan peminatnya untuk sama-sama doakan agar banjir pulih.
Aznil Haji Nawawi
Daulat Tuanku! #prayforpantaitimor A photo posted by YG PROMOTE IG AKAN DIBLOCK!!! (@aznilnawawihm) on Dec 12, 2014 at 3:13am PST
3 perkara yang dititahkan oleh Sultan Perak ini mendapat perhatian Pak Nil yang turut setuju segala bentuk hiburan dihentikan buat seketika dan salurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Rumah Nenek Neelofa Hampir Tenggelam
Menurut Neelofa, rumah neneknya yang terletak di Pasir Mas Kelantan juga turut dilanda banjir. #PrayForPantaiTimur
Siti Nurhaliza
Di kuala Lipis juga air semakin naik..wpun dikawasan rumah ibu ct tak terjejas tapi utk ke pusat bandar @ hospital ada jln yg dinaiki air dan terpaksa menggunakan bot..pagi tadi. Mak dan adik bawa nenek ke hospital ..separuh jln dibantu org kampung menaiki bot..dan selepas itu sambung menaiki kenderaan hospital sehingga sampai ke Hospital Kuala Lipis..terima kasih semua yg membantu..semoga banjir akan surut secepat mungkin dan sama2 jaga keselamatan diri ye..kami juga tidak dpt pulang kerana banyak jln dinaiki air..di Raub dan beberapa tempat..sama sama kita doakan keselamatan & keadaan pulih sedia kala.. A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Dec 12, 2014 at 11:51pm PST
Datuk Siti Nurhaliza memberi pesanan kepada peminatnya untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan doakan agar semuanya kembali pulih seperti sedia kala.
Mizz Nina
Walaupun sedang menunaikan umrah di Mekah, isteri kepada Noh Hujan ini turut meminta orang ramai turut serta memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat.
Shuib Sepahtu
Sama2 kita doakan agar semuanya pulih seperti sedia kala….Semoga tabah warga pantai timur menghadapi ujian Allah ini… #prayforpantaitimur #banjir A photo posted by @shuibsepahtu on Dec 12, 2014 at 3:15am PST
Gambar stadium Kota Bharu menjadi perhatian Shuib Sepahtu yang mengharapkan agar mangsa banjir tabah menghadapi ujian Allah.
Yus Jambu
Doakan mereka!
Fizo Omar
Assalamualaikum semua, Keadaan banjir di Pantai Timur semakin teruk terutamanya di negeri Kelantan.Sama-samalah kita memanjatkan doa kpd Allah S.W.T supaya bencana banjir ini tidak berpanjangan. Kepada seluruh rakyat Malaysia , marilah sama2 kita menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tidak kira dari segi bantuan makanan atau keperluan asas supaya dapat meringankan beban dan menaikkan semangat mereka. #prayforpantaitimur #prayforkelantan #kelantankamidatang A photo posted by fizoomar (@fizoomar) on Dec 12, 2014 at 11:34pm PST
Pelakon yang sememangnya berasal daripada Kelantan ini juga tidak terkecuali meminta orang ramai untuk turut sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir.
Konsert Tahun Baru Dibatalkan
Ekoran banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan mengambil keputusan untuk mebatalkan konsert tahun baru anjuran Ambank di Putrajaya bagi menghormati mangsa banjir.
![]()
Pembatalan konsert sambutan tahun baru terbabit mendapat pujian orang ramai yang mengharapkan kerajaan menyalurkan dana untuk konsert itu kepada mangsa banjir.
Kami di OHBULAN! menyeru orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan dan sama-sama berdoa agar bencana banjir yang melanda ini pulih dengan segera.
![]()








