berita

Selebriti Tentukan Perisa Kegemaran Cadbury Dairy Milk

October 17th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

_JOS4590

Setelah lebih 30 tahun menggembirakan rakyat Malaysia dengan rangkaian coklat susu pelbagai perisa, tahun ini Cadbury Dairy Milk melancarkan kempen baru bagi mengenal pasti perisa coklat yang paling digemari.

Apa yang menariknya, kempen terbaru ini menampilkan selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti Diana Danielle, Farid Kamil, Carmen Soo, Soo Wincci, Gan Mei Yan, Jeff Chin, Joe Flizzow, Nur Fazura dan Kuah Jenhan yang akan mewakili perisa kegemaran mereka.

Kempen dua minggu ini memerlukan selebriti yang terlibat menarik perhatian peminat untuk mengikuti perkembangan terbaru perisa yang dipilih di laman sosial serta mengundi mereka sebelum tarikh undian ditutup.

Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan dan strategi selebriti itu sendiri untuk meraih undian tertinggi dalam menentukan perisa kegemaran Malaysia.

Antara sebab utama kempen ini diadakan adalah untuk meraikan usaha penjenamaan semula coklat itu yang lebih terkini dan kontemporari.

Reka bentuk terbaru ini menampilkan ikon-ikon ceria dan penuh imaginasi yang mampu menghidupkan keriangan tersendiri perisa-perisa Cadbury Dairy Milk.

_JOS4516

Menurut Ketua Kategori Coklat, Mondelez Malaysia, Julie Chen, penglibatan selebriti tempatan dalam berkongsi kisah perisa kegemaran mereka sangat menghiburkan dan menarik hati.

Selama lebih 30 tahun Cadbury Dairy Milk telah berkongsi keriangan rakyat Malaysia, hari ini jenama ikonik ini jelas disukai ramai. Sungguh seronok melihat selebriti-selebriti tanah air memeriahkan kempen kami dengan kisah perisa kegemaran mereka. Kami tidak sabar untuk melihat perisa mana yang akan menjadi pilihan rakyat Malaysia nanti.

Untuk makluman anda, kempen Cadbury Dairy Milk “Pilih Yang Anda Gemari” ini berlangsung dari 14 Oktober hingga 28 Oktober 2013.

Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini, anda boleh layari Facebook Cadbury Dairy Milk dan undi perisa kegemaran anda di sana.

Anda juga digalakkan untuk menggunakan hashtag #pickmyfavourite dan handle @CadburyMY di laman sosial seperti Twitter dan Instagram.

Jadi, tunggu apa lagi? Undilah sekarang dan nantikan keputusan perisa kegemaran negara yang akan diumumkan pada hari terakhir undian.

SKIP THIS AD ×