berita

Selepas 20 Tahun, Battle Of The Band Kembali Mencari Kugiran Berbakat

August 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Battle of the band 2023

Selepas kali terakhir dianjurkan pada 20 tahun lalu, festival yang mencungkil bakat kugiran tempatan iaitu Battle Of The Band 2023 kini kembali dengan konsep dan format yang baharu.

Battle Of The Band 2023

Battle of the band 2023

Secara ringkasnya, Battle Of The Band 2023 merupakan sebuah festival muzik yang akan dimulakan dengan pertandingan kugiran dan diakhiri dengan sebuah konsert mega.

Pengarah MASH Entertainment Sdn. Bhd yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Pembangunan Hidayah (HERO), Dr Murad Halim Mohamed berkata, festival ini bakal menjadi platform kepada bakat muda yang ingin mempamerkan karya mereka melalui muzik.

Festival ini sebuah pertandingan yang bakal disertai oleh anak-anak muda yang berbakat dalam bidang muzik untuk mereka pamerkan bakat terpendam mereka kepada umum.

Festival ini dibuka kepada mana-mana band atau kugiran dari seluruh asia termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Apa yang ingin di ketengahkan adalah untuk garap kualiti muzik yang berkualiti dan bakat-bakat yang bakal menjadi penerus legasi untuk mewarnai industri.

Kali ini dengan konsep yang baru selepas kali terakhir dianjurkan adalah 20 tahun lalu. Kenapa masih kekalkan nama Battle Of The Band kerana nama tersebut sudah sinonim dengan kugiran.

Murad berkata demikikan ketika ditemui pada sidang media Battle Of The Band 2023 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, The Curve, baru-baru ini.

Buka peluang

Battle of the band 2023

Dalam pada itu, Murad berkata matlamat utama penganjuran festival ini adalah untuk membuka peluang semula kepada studio rakaman agar kembali bernafas semula.

Fenomena bakal tercetus bukan sahaja akan manikkan martabat penggiat seni tanah air, malah ia bakal membuka peluang dan ruang kepada studio rakaman untuk bernafas semula.

Harapnya festival ini juga dapat memberikan impak yang besar kepada industri muzik Malaysia dengan kepelbagaian genre berkualiti tinggi.

Untuk info, peserta perlu melalui sesi saringan pertama iaitu elimination stage yang bakal berlangsung dari 7 hingga 10 September 2023 bertempat di Pasir Gudang, Johor.

Seramai 15 peserta pada saringan pertama akan dipilih dan diuji sekali lagi pada sesi separuh akhir pada 23 September.

Kemudian, 10 peserta terbaik dipilih untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Jobox, Angsana Johor Bahru.

Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi dan berpeluang untuk merakam single baharu.

Sementara itu, beberapa nama lagenda Battle Of The Band seperti Lord Lokman, Ekamatra, Bloodshed dan Damasutra bakal bertindak sebagai mentor bagi festival ini.

SKIP THIS AD ×